Thursday, March 19, 2009

Syariat Islam Sesuai Matlamat Penciptan Manusia


Sesungguhnya Syariat Islam itu adalah terbentuk berdasarkan tiga perkara yang sangat penting mengapa manusia dicipta. Maka untuk ketiga-tiga peranan itu Syariat Islam diwajibkan Allah kepada manusia supaya beramal dengannya, supaya tidak terpesong daripada peranan yang sebenar dan matlamat dalam pembangunan insan yang seutuhnya.

Ketiga-tiga itu ialah ibadah, yang kedua ialah khilafah (pemerintahan secara Islam) dan ketiga ialah amanah. Ibadah dengan makna menusia mestilah patuh kepada hukum Allah SWT secara mengabdikan diri sebagaimana makhluk-makhluk yang lain yang ada di alam ini samada di langit, bumi dan segala-galanya.

Cakerawala yang ada dilangit, metahari, bulan, bintang yang beredar mengikut ketentuan Illahi yang telah ditetapkan untuk mereka oleh Allah. Begitulah dengan makhluk yang lain yang ada di bumi dan manusia yang menjadi sebahagian daripada makhluk yang mempunyai undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Antara undang-undang itu, yang diberi kata putus, dan diantara udang-undang itu selanjutnya yang diizinkan kepada manusia untuk mengkaji dengan akal mereka sendiri yang diberi oleh Allah SWT.

Yang kedua, peranan khilafah. Iaitu memerintah serta mentadbir bumi, mentadbir segala bidang, politik ekonomi dan lain-lain, mentadbir dengan keizinan daripada Allah SWT dengan undang-undang yang ditetapkan, samada undang-undang yang ditetapkan secara khusus atau dasar yang secara umum, manusia boleh berfikir dan meletakkan di bawah dasar umum itu menigkut kebijaksanaan yang diberi Allah kepada mereka.

Yang ketiga, peranan amanah. Islam telah meletakkan bahawa memimpin negara dan masyarakat sebahagian daripada amanah yang mesti ditunaikan. Amanah bukan sahaja dalam masalah menyimpan harta benda dan seumpamanya, ia termasuk juga amanah itu di dalam melaksanakan undang -undang yang diwajibkan oleh Allah SWT.

Ketiga-tiga prinsip ini tidak wujud dalam undang-undang ciptaan manusia, ia menyebabkan tidak dirasai satu tanggungjawab yang menyeluruh dan menguasai diri manusia sehingga ia sangat berbeza dengan syariat Islam, bukan sahaja dari segi prinsip tersebut, tetapi juga pendedahan kepada manusia.

Syariat Islam itu dibentangkan kepada seluruh tindakan manusia, zahir dan batin atau roh dan jasad. Berbeza dengan undang-undang ciptaan manusai dimana ia memberi perhatian hanya kepada sebahagian daripada amalan -amalan zahir, bukan kepada semua aspeknya, disamping tidak ada aspek roh yang menjadi sebahagian daripada naluri manusia.

Dipetik dari ucapan Presiden PAS.

YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

0 comments: