Thursday, March 19, 2009

"Dijajah selepas zaman penjajahan"

Assalamualaikum...baru2 ni kita mendengar beberapa politikus Negara kita dari parti pemerintah telah disanksi oleh badan disiplin parti tersebut kerana terkantoi rasuah dan politik wang. Lebih parah lagi , kes ini bukanlah kes yang pertama seumpamanya. Dan mungkin jugak kes ini sengaja disorotkan agar dapat menutup kes2 lain yang lebih besar. Ibaratnya membunuh tikus kecil supaya menyelamatkan bapak2 tikus yang lebih besar. Kes2 seperti ini jelas memberi gambaran kepada kita seperti apakah para pemimpin yang sedang memimpin Negara kita Malaysia sekarang.

Selain itu , situasi di Negara kita sekarang sebenarnya memperkuatkan lagi apa yang dikatakan oleh Abu A’la Al Maududi yang secara ringkas memberi maksud bahawa dunia islam sekarang “ dijajah selepas dijajah “. Kalau kita rasa kita sudah merdeka , kenapa kita masih tidak bebas untuk melaksanakan syariat islam yang sebenarnya memang sesuai dengan fitrah kita? Jawapannya ialah kerana kita masih dijajah.

Walaupun pemimpin Negara kita bernama dengan nama orang islam .

Walaupun pemimpin Negara kita berwarganegara Malaysia.

Walaupun pada IC pemimpin Negara kita beragama islam.

Sebenarnya merekalah yang menjajah bangsa dan Negara sendiri.

Mungkin statement ini agak keras, tapi sila baca ringkasan kenyataan Abu A’la Al Maududi dan fikir dengan neutral tanpa sentimen.

Sebelum penjajah kononnya memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka telah ada perancangan yang sangat rapi bagaimana untuk terus menjajah kita.

PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamadun mereka yang hebat. Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisme barat.

Disini saya ingin membahas point yang ketiga sahaja kerana point ketiga inilah yang nanti akan menjelaskan bahawa pemimpin Negara kita sekarang adalah penjajah yang sedang menjajah bangsa dan Negara sendiri.

Teknik yang penjajah dulu gunakan adalah :

-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera.

-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.

-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.

-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

Banyak orang2 besar Negara kita yang telah melalui step2 diatas. Tidak perlu saya sebutkan siapakah mereka keran mereka sangat terkenal dan semua rakyat Malaysia pasti mengenali mereka.

Apa yang dilakukan oleh mereka yang telah direkrut diatas :

-Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.

-Mereka memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran) dengan cara mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam.

-Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah.

-Mereka menghalang masyarakat daripada mendekati para ulama. Pendek kata para ulama didiamkan.

Sekalipun mereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha menentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada perkara-perkara lain. Buktinya , apa sahaja yang datang dari barat terus menarik perhatian mereka.Apa-apa yang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan hinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau salah. So , sekarang kita segala usaha mereka atau tindakan mereka yang kononya anti penjajah adalah satu perjuangan yang palsu. Yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan , tanpa menafikan kepentingan apa yang kita ucapkan.

Kesan dari penjajahan baru ini :

-Kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam , kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam sendiri menekan mereka supaya berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.

-Antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam tidak sehaluan dengan kerajaan mereka.

-Akibatnya, mustahil bagi kerajaan dapat mengharung langkah ke depan dan akan mustahil juga untuk memajukan Negara. Hasilnya negara kita lenyap ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan.

Kesimpulan :

Kalau selama ini kita beranggapan bahawa ‘demokrasi’ adalah senjata barat untuk menakluk umat islam. Kita counter balik dengan menjadikan ‘demokrasi’ sebagai senjata makan tuan. Kita kuatkan kesatuan kita dan percayalah kita boleh menang. Itulah janji Allah. “ Hai orang2 mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. ( Muhammad : 7 )

10 comments:

Anonymous said...

Adalah hak mu nak post apo2 atah blog mu ni. Cumo sebagai member dan pengunjung blog ni, aku nok suarakan pendapat sikit lah.

Aku kurang setujulah kalu unsur2 dalam blog ni menjerumus kepada semangat anti kerajaan pusat pada keadaan umat Melayu-Islam di Malaysia hari ini melemah.

Kerana ternyata PAS atau PR bukan juga satu alternatif yg baik... malah even worse dalam keadaan yg berkecamuk sekarang ini.

Jadi tiada siapa yg sempurna, dan harap kita dapat pentingkan PRIORITY terlebih dahulu sebelum melayan impian UTOPIA dalam keadaan genting sekarang ni.

So aku harap posting2 selepas ini lebih bersifat universal, neutral dan tidak ada la foto2 tokoh2 kontroversial politikus tanahair.

Ingat wahai sahabat... adalah dikalangan pemimpin2 kita dalam kerajaan itu yg kurang sempurna, tapi tetap ada jasa dan usaha walaupun org tak nampak dan bersifat peribadi... so kita kena adil... jangan harapkan kesempurnaan..

"Kalu kita benci pemimpin... maka jatuhkanlah pemimpin itu mengikut saluran yg betul... jgn jahanamkan SISTEMnya..."

Kalu nak debat SISTEM kita sekarang bukan Islamik maka PAS pun tidak Islamik kerana tertakluk pada SISTEM ini sejak ia ditubuhkan. Jadi tidak perlulah diagung2-kan siapa yg lebih Islamik kerana dalam politik.. semua bisa dihalalkan termasuk berkawan dengan syaitan sekalipun.

Anonymous said...

post tu elaboration from al maududi kuliah in india...

Anonymous said...

tiada sistem lebih baik dari sistem khalifah.

tapi, adakah kerana ketiadaan sistem khalifah kita harus duduk diam? sedangkan depan mata kita berlaku kemungkaran?

ibarat 'tak ada rotan, akar pun berguna'

sehingga sistem khalifah tertegak kembali, at least inilah yg boleh kita buat.

Apa maksud "jatuhkan pemimpin mengikut saluran yg betul"? boleh anda berikan contoh bagaimana?

Unknown said...

apam, mana link blog aku??cess

Anonymous said...

memang xde yg terbaik..
cuma pilih yg terbaik..
mengikut lunas agama..

mohd afham said...

betul jugak

aku pun tertanya-tanya macam mana jatuhkan pemimpin dengan aluran yang betul?

buat parti secara legal @ join al mau'nah?

mane yg betul?

atau ada cara lain?

Anonymous said...

Apam... demo letok foto barisan Perdana Menteri kita tu betul2 bawah ayat yang mu BOLD yg mengatakan sesuatu sifat yang tidak baik oleh seseorang pemimpin.

Apam, mu keno adil... keno ingat, bahawasanya sejahil2 pemimpin UMNO (kalu mu raso sumo jahil dan tak berubah dalam hidup la), mereka tu ada juga sumbangan kepada agama, bangsa dan negara, terutama Tunku, Mahathir dan Razak.

Dan mu keno ingat, hatta di zaman khalifah pun terdapat yang korup dan jahil lagi zalim memerintah dengan penuh air mata rakyat, adakah mereka ini dijatuhi fatwa perlu digulingkan?

Ingatlah wahai saudara semua, sistem khalifah tidak semestinya bernama KHILAFIAH, ia bukan berdasarkan namanya, atau persis diikuti cara pemerintahannya seperti zaman dahulu.

Islam menerima segala bentuk pemerintahan, contohnya seperti sistem beraja dll.

Nak cakap sistem khalifah? Pastikan dulu saf kita berada di pihak yang benar dan lebihkan priority, bukan bersengkongkol dengan petualang bangsa dan kafir harbi yang ternyata diluar kawalan parti yang kononnya mendakwa diri sebagai pejuang Islam.

Silalah belajar dan menghayati sejarah dengan adil, akui realiti, dahulukan priority dan jangan benci istilah MELAYU atau asal-usul kejadian bangsa yang fitrah dan amanah utk kita semua jaga.

Aku tak kisah lah artikel tu dari Al-Maududi atau tidak, yang penting foto2 dalam blog ini seolah2 hanya berat sebelah kepada PAS, dan adakah PAS boleh dikaitkan dengan sistem khalifah? Sedangkan umum sedia maklum bahawa PAS mempunyai pertentangan pendapat dengan Hizbut Tahrir.

Anonymous said...

Ikhtilaf mmg biasa berlaku dikalangan ulama, ini menunjukkan bertapa mrk peduli Islam dlm mengeluarkan fatwa menurut usul fiqh. Namun mereka ttp sepakat soal aqidah.

Bak kata Anis Matta, "Ini bkn saatnya bicara ttg perbedaan, tapi persamaan".

Seperti yg saya tulis di atas, 'at least, these is what we can do than nothing'.

Saya tidak akan menafikan peranan Tunku, Mahathir dan Razak dlm mmperjuangkn kemerdekaan Malaysia. Namun selepas Malaysia 'merdeka', tugas mrk selesai. 'Pemimpin lain' ambil alih. Apa lagi yg mrk nk perjuangkan?

Saya tidak membenci istilah 'Melayu'. Namun pada hemat saya, bagi menghadapi realiti rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai agama & bangsa, pada saat yg sama mengikuti syara', maka PAS adalah satu pilihan yg bijak. Kerana ia memperjuangkan skop yg jelas; (Islam). Kerana Islam itu lebih bersifat universal (utk semua) jika dibandingkan dgn Melayu.

Ia meliputi (india-muslim, cina-muslim dan melayu-muslim). Disamping memperjuangkan Islam, secara tidak langsung Melayu-Islam
akan terjaga.

Anonymous said...

PAS pilihan terbaik? You maybe joking...

PAS not even dapat mengawal pun parti komponen kafir harbi dalam Pakatannya... apatah lagi untuk suaranya didengar untuk memerintah Malaysia?

Dan jika benarlah PAS mahu menegakkan Khilafah seperti tafsirannya... maka di mana PAS mahu meletakkan peranan Raja-Raja Melayu?

Ingat, menafikan peranan Raja-Raja Melayu dalam sistem kenegaraan Malaysia bermakna PAS mengkhianati Perlembagaan Negara dan boleh dianggap sebagai derhaka dan bughah!

Anonymous said...

Realiti org muda xsokong dah umno..
Najis Altantuya..