Saturday, March 28, 2009

Perokok lebih hina daripada lembu - Utusan



KOTA BHARU 27 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — BERNAMA

Thursday, March 26, 2009

Pokok Yahudi , hati2...


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw.Dan sekarang,orang Yahudi laknat nie dah buat satu website http://www.jnf.org/work-we-do/our-projects/forestry-ecology/
untuk mengumpul dana bagi menanam 220 juta pokok Gharqad.

Kalau ade sape-sape yang nampak pokok Gharqad ada di tanam di Malaysia nie….harap-harap dapat panggil majlis, suruh tebang ok…. Nama lain dia African Boxthorn.

Sumber : http://jebats.blogspot.com/2009/02/nabi-saw-bersabda-dalam-sebuah-hadis.html

Lagi Gambar-gambar pokok Gharqad …




Wednesday, March 25, 2009

Parti Islam : Realiti VS Utopia



“Parti Islam tak realistic la”.

“Kita berbilang kaum dan agama, tak mungkin la parti islam boleh handle”.

“Diorang kebanyakan ulama, apa yang diorang tahu bout management?”

“Parti islam memerintah Malaysia? ” “Utopia?”

Sekarang saya bertanya kat orang islam.

“Apa alasan kita untuk tidak menyokong parti islam?”

Bagi orang bukan islam itu hak mereka. Tapi bagi orang islam, menyokong parti islam adalah tanggungjawab kita. Kalu seseorang menolak parti islam dengan alasan system tidak islam, lantas dia menyokong parti dengan nilai2 yang lain seperti nasionalisme, kebangsaan atau parti dengan nilai keadilan. Maka kenapa dia tidak memilih hizbut tahrir sahaja yang tidak terlibat dalam politik dan menolak total system demokrasi. Kenapa dia masih memilih parti lain yang tidak islamik yang membawa erti dia telah menerima system yang tidak islamik. Pendirian seperti ini sama sahaja dengan aspirasi penjajah yang ingin memisahkan islam daripada politik. Saya tegaskan , aspirasi penjajah adalah adalah memisahkan islam dari aspek2 kehidupan termasuk politik. Pendek kate sekularisme. Sekarang saya bertanya , “ adakah kita ingin menjadi agen2 yang menabur benih2 sekular?

Sebagai muslim , wajib bagi kita untuk tanamkan hasrat dalam hati untuk melihat tertegaknya khilafah islam sekaligus islam sebagai satu system dapat dimanifestasikan dalam kehidupan seterusnya menjadi ustaziatul alam. Namun apakah mungkin hasrat itu dapat tercapai dalam reality dunia demokrasi sekarang? Jawapannya adalah , “MUNGKIN”.

Sekarang cube kita fikir , apakah logik hasrat akan tercapai tanpa usaha?

Tidak , kerana Allah tidak akan mengubah nasib satu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Jadi siapa yang harus berusaha untuk merealisasikan hasrat tertegaknya khilafah islam? “KITA”. Kitalah sebagai muslim yang mesti berusaha. Takkan nk harapkan non muslim.

So bagaimana caranya? Susah la, kita pakai demokrasi. Camne nk menang.

Realiti kehidupan sekarang adalah umat islam menang disisi kuantiti. Kuantiti adalah rohnya system demokrasi. Tapi kenapa kita masih kalah? Kerana ada mereka2 yang ‘seperti di atas’ yang bergelar muslim tapi cuma tau berhasrat sahaja tapi tak berusaha atau tidak ada hasrat sama sekali, Tuhan saja tau apa yang ada dalam hati mereka. Bayangkan jika semua umat islam bersatu dan berusaha ke arah penegakan khilafah. Inilah yang saya maksudkan pada post sebelumnya , “menjadikan demokrasi sebagai senjata makan tuan”.

Sangat jelas secara logic akal bahawa kemenangan Islam baik diperingkat DUN(negeri) atau Parlimen(Negara) atau diperingkat global bukanlah suatu yang mustahil. Ditambah lagi keyakinan akan janji kemenangan dari Allah. Yakinlah bahawa islam akan memerintah bukanlah UTOPIA….

Nabi Muhammad SAW juga seorang politician...


Setelah saya publish post tentang reality politik Malaysia , ada respon dari kawan2 yang berkata , “sistem yang kita pakai sekarang adalah tidak islamik , so parti politik islam yang ada sekarang adalah tidak sah disisi agama bla…bla…bla…tak realistic…bla…bla…bla…berbilang kaum , susah bla…bla…bla…pilih yang lain…bla…bla…bla…”

Memetik blog Dato’ Haji Husam Musa ( Naib Presiden PAS ) , saya ringkaskan seperti dibawah.

Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi yang diutus untuk terlibat didalam semua lapangan kehidupan.

Kesannya, umat manusia tidak perlu bertanya apa jawapan Islam dalam perdagangan, ekonomi, politik, kehakiman, hubungan antarabangsa dan hubungan dalam berumahtangga kerana Nabi Muhammad S.A.W telah telah terlibat secara langsung didalam semua aktiviti utama dalam kehidupan manusia.

Bagaimanapun, penjajah yang menjajah bumi-bumi Islam, telah berusaha selama beberapa abad untuk memasukan ke dalam pemikiran penganut agama Islam di tanah jajahan mereka bahawa politik adalah sesuatu yang kotor lantaran ianya harus dijauhi. Lantaran politik harus dipisahkan dari agama.

Dakyah colonial ini wajib dipertikaikan kerana sejarah Islam membuktikan bahawa Nabi Muhammad S.A.W dan beberapa Nabi sebelumnya telah terlibat secara langsung dalam politik.

Realiti didepan mata. Sejak 1990, Kelantan ditadbir oleh Parti Islam Malaysia dan di ketuai oleh seorang ulamak sebagai Menteri Besarnya ( YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ). Namun begitu, masyarakat bukan Islam begitu sejahtera dibawah kepimpinan ulamak di Kelantan.

Kepimpinan ulamak di Kelantan juga tidak langsung menyekat kebebasan beragama di kalangan yang bukan Islam dan ini boleh dibuktikan dengan bertambahnya rumah-rumah ibadat bagi bukan Islam sehingga ada yang sesetengahnya merupakan yang terbesar di rantau ini tanpa mengabaikan sedikit pun juga kebajikan orang2 islam sendiri.

Di dalam Al Quran juga jelas diceritakan model-model pemerintahan islam dan sekali masyarakat bukan Islam menikmati pemerintahan bermodelkan Islam mereka pasti tidak akan menolaknya. Ini telah berjaya dibuktikan oleh Parti PAS dan kesanya ia mula meraih sokongan dari masyarakat bukan Islam di Malaysia.