Tuesday, October 27, 2009

apam dalam dilemma...( episod 2 )


Satu hari ade sorg member rapat giler rekemen tgk 1 filem. Tajuk die “Syurga Cinta”. Citer ni ok jalan citer die, tapi skrip die skema giler. Rase2nye dalam real life jarang giler org cakap mcm dalam filem nie. Ape pun itu bukan intinya. Intinya ada 1 kata2 dalam filem ni yang boleh kate agak menyentuh hati dan pancreas anda. Lebih kurang camni la kate2nya, “ kadang2 Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya2 kemana hilangnya matahari. Rupanya Allah hadiahkan kita pelangi”.

Bile pikir2, teringat plak 1 ayat Quran ni, “ diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyenangi sesuat, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. ( al Baqarah : 216 ).

Jadi apa hubungannye dgn situasi kita sekarang?

Kita sekarang dalam keadaan tidak pasti. Kita tgk kat facebook, kat status kawan2 kite ramai giler yang confius. Samada nak blaja kat Padang atau nak blajar kat Malaysia. Siap ada yang buat kat status die,”membuat pilihan ni lebih susah drpd jawab soalan Bahasa Arab Tinggi SPM”, dan macam2 lagi status2 lain yang menggambarkan bahawa kite semua tgh confius. Banyak hal yang menjadi pertimbangan. Masing2 pilihan ada pro n cont.itulah yang menjadikan kita pening n tak tau nk pilih yang mana. Pendek kate hidup kite nie dalam dilemma.

Moral value yang kite boleh ambil dari sini ialah…

1. Kita manusia biasa yang tak tau ape yang akan jadi di masa akan datang.

2. Jelas menunjukkan bahawa kita manusia adalah makhluk yang lemah sebab walaupun kita buat keputusan, belum tentu itu keputusan yang betul. Allah saja yang tahu.

3. Kita sedar betapa kita ni bodoh giler. Kita even tak tahu pn apa yang bagus untuk diri kita sendiri. Tak yah poyo ar cakap aku dah hidup sekian tahun, so aku tahu apa yang terbaik untuk aku sebab Allah lebih kenal siapa kita n Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Segala keputusan yang kita ambil harus disandarkan pada Allah. Jadi dalam setiap keputusan tu ada rasa ‘khauf’ dan ‘roja’. Dalam bahasa melayunye rasa takut dan rase harap. Mean dalam membuat keputusan, kita merasa takut kalu keputusan tu bukan yang baik n dalam masa yang sama kita berharap kepada Allah supaya keputusan kita tu adalah yang terbaik. Kalu takde rasa khauf, kita akan menjadi sombong. Kita akan menjadi terlalu yakin dgn diri sendiri sampai bias saja kita lupa ada kuasa yang lebih kuat yang boleh merubah semuanya sekelip mata. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya rasa khauf dalam diri kita.

5. Situasi dan kondisi setiap orang berbeza2. So janganlah kita mencemuh keputusan orang lain. Dan jangan pula terlalu yakin dgn keputusan sendiri. Sebab semua tu adalah rahsia. Mungkin yang terbaik buat si A stay kat padang. Mungkin yang terbaik buat si B , balik Malaysia.

6. Mungkin pembaca2 boleh piker sendiri ape moral value yang lain n kita same2 share…

Friday, October 23, 2009

apam dalam dilemma...


Pada suatu hari Rabu yang jo ong, aku jalan2 gi kampus. Ceritanya nak ambik ijazah. Tgh on the way tu jumpa la kelompok kawan2 lame. Anak2 indonesia,dulu ktorg rapat la. Slalu main futsal same, blajar same ,travel same ,makan same dll same2. Tiba2…

Tiba2 ada satu suara memanggil, “oh itu dia anak malay. Ternyata udah pulang mereka.” Lalu aku dgn mesra menunjukkan symbol peace dgn tgn aku dari jauh. Tapi alangkah tergezutnya aku mendapat jawapan yang tidak di sangka2.” Apam, ngapain kamu kesini lagi? Pulang aja lah lagi ke Malaysia.” Kemudian di tambah lagi suara2 kawan2 yang lain dari belakang.” Ya,ngapain lagi disini. Pulang aja la”. “yo, manga lai ka siko. Pulang se lai.”

Jadi sebab aku terkejut, so aku tak dapat nk jawab apa2. Aku trus blah dari tempat tu. Tapi dalam ati aku bengang giler. Yang lebih parah adalah kecewa. Tak sangka kawan2 aku sanggup buat macam tu.

Aku nak blajar kat Padang nie estimate lagi 2 tahun. Aku tak tau la macam mane nk teruskan blajar kat sini. Banyak giler masalah yang menyebabkan keadaan lansung tak kondusif untuk belajar. Tapi semua tu aku yakin boleh adapt. Tapi ada satu problem ni aku yakin memang dewa kesabaran pn susah nk hadapi. Bukan sebab takde bangunan, bukan sebab harga nasi mahal, bukan sebab system blajar yang mengelabah, bukan sebab jadual blajar slalu brubah last minit, bukan sebab gempa slalu berlaku. Tapi sebab diskriminasi terhadap orang Malaysia. Aku sebagai student medic, takde la slalu jalan2. Slalu dok blegar2 around kampus and hospital je la. Pendek kate aku berada di persekitaran orang2 intelek. Doktor2 , Prof2, lecturer dan student2 medic yang lain la. Mereka ni golongan intelek. Tapi peliknya mereka tetap mengamalkan dasar diskriminasi terhadap orang2 malaysia. Kalau golongan intelek ni pun dah macam ni, cube bayangkan macam mane golongan2 yang lain. Fuhhh…sabar je la.

Dari sisi yang lain, aku berpendapat mereka yang mendiskriminasi aku sebenarnya adalah korban pembohongan massal. Mereka tgk TV , newspaper dll.then, they believe. Brite2 tu semua sensasi giler n memancing emosi pendengar. Kalu orang Malaysia , walaupun news2 kat TV Malaysia banyak yang tipu, kita ada akses internet yang mudah. Boleh katekan orang2 malaysia ni ramai giler kaki blog. So mereka ada pilihan brite mane yang nk bace. Kalu bace semua berita, mereka boleh menilai sendiri. Kat Indonesia takde trend blog macam ni. Beza giler dgn Malaysia. Buktinya PM kite pn ade blog.

Dari sisi yang lain juga aku sangat respect kawan2 yang ikut usrah dgn PKS. Diorg tak amal dasar diskriminasi. Diorg kuat semangat islam. Kita same2 islam tak bagus la gaduh2. Benda ni budak sekolah rendah pn tau. Tapi tau je la. Nak amal??? Sori la. Tapi kawan2 PKS yang aku kenal semua ok.

Bile piker2, nak je aku balik blajar kat Malaysia. Banyak je university yang sanggup terima ktorg. Tapi yuran yang plak bapak mahal giler. Sebenarnya aku tajaan ATM. Tapi ATM tak nak taja if aku pindah Malaysia. Bukan macam budak2 tajaan MARA. Diorg dapat pindah Malaysia n MARA still sponsor.Aku sebagai orang yang biase2 mane la sanggup nak bayar. Ade option pinjaman PTPTN sebanyak RM 150000. Tapi kalu takde bunga je. Nak bayar balik bukan main susah bro. kalu bayar RM 500 sebulan pn , 25 tahun baru setel. Lame tu.tak nak la aku hidup dibelenggu hutang. Nanti bile nk naik haji kalu asik berutang je. Tapi dok blajar kat sini stress plak. So aku confuse giler skrg. Aku dalam dilemma. Kalu aku stay sini ibarat dok mulut rimau. Kalu balik Malaysia ibarat masuk mulut buaya plak…pergh, dilemma besar nie…

Tuesday, October 13, 2009

Gempa Bumi Padang,September 2009.

Dulu bangunan ni 3 tingkat.kat bawah die ada tempat main pool n tempat lepak tgk bola.milkshake kat sini sedap giler.kebab die pn sedap.tapi sekarang....


Ni pn lagi satu tempat maksiat.dari bangunan 3 tingkat jadi setengah tingkat. dulu sini tempat pool illegal.means tak bayar tax la.then tempat waria ( maknyah2 ) berkumpul n cari makan.kadang2 tempat judi juga.hancur lebur.padahal bangunan yang same kat kiri dan kanan die elok je.



Nasib kedai hardware.dulu megah berdiri 3 tingkat.sekarang jd satu setengah tingkat.


Plaza Andalas dulunya adalah sebuah mall tempat pasangan2 muda dating. sekarang sape yg brani gi dating kat sane.....


Hospital tempat aku sepatutnya praktikal..


hospital tadi.teksi siapa la ni.boleh tak nk claim insurans.


Bilik aku selepas gempa...hancur berantakan.harap2 TV tu masih elok.susah nk tgk bola nanti. Piala Dunia tahun depan kat Afrika Selatan.


Motor sape la ni. kesian giler.


Semua manusia nak lari ke tempat tinggi.sebab jambatan jam, redah je sungai. yang penting aku cepat sampai sebelum tsunami datang.


Rumah kedai 2 tingkat jadi setengah tingkat.


Masjid ni asalnya 2 tingkat.tingkat bawah dulunya adalah kedai.orang tgh berniaga mase gempa dtg.sekarang tingkat bawah tu dh ilang.agak2nya ape jadi kat orang2 yg tgh berjual beli dalam tu.mesti seram giler.


Semua manusia nk naik ke tempat tinggi.takut tsunami dtg.mcm dlm movie doomsday.

Mesti korang semua dh dengar banyak citer2 yang menginsafkan dari peristiwa gempa ni kan?so sebab citer die dah banyak,aku malas la nk tambah satu lagi citer.yang penting kita same2 amik iktibar.