Thursday, July 9, 2009

Jangan Jadi Bangau ( Episod 2 )

Kenapa saya nyanyikan lagu ni?

Sebab saya ingin kita belajar rantai makanan…

Sebab saya ingin kita imbas kembali zaman kanak2…

Sebab suke2…

Saya nyanyikan lagu ini sebenarnya untuk menyeru kepada semua pembaca agar STOP MEMBANGAU!!!

Ya , stop membangau.

Kenapa?

Sebab kita manusia, dan bukan seekor bangau. So kenapa nk jadi mcm bangau.

Sebab kita kene menjadi pro aktif.

Pro aktif ertinya menyingkapi sesuatu masalah dengan bijak sana iaitu dengan introspeksi diri dan mengubah diri sendiri. Bukan dengan cara sebaliknya , seperti bangau dan kawan2nya.

Bagaimana?

Bangau dan kawan2 sering menyalahkan benda lain atas segala masalah.

Apa kelebihan menjadi pro aktif?

Kita dapat mengimprove diri kita. Faktanya kita tidak dapat melawan angin yang menghalang arah kita, tetapi kita boleh mengubah arah layar kita supaya ke arah mana pun angin bertiup ia akan membawa kita ke tujuan kita. Bukankah itu pro aktif.

Kalau bangau yang berada di posisi pelayar tadi, dia mesti menyalahkan angin kerana bertiup arah yang bukan merupakan tujuan dia. Hasilnya dia tidak akan sampai ke tujuan dia.

Kalau mengikut sains pulak. Menjadi pro aktif ni boleh disamakan dengan teori evolusi. Teori evolusi mengatakan persekitaran yang sukar akan menyebabkan makhluk itu berevolusi atau mengubah dirinya menjadi resisten terhadap persekitaran tersebut. Bayangkan jika kita mengharapkan persekitaran yang berubah,sudah tentu kita tidak akan berubah sekaligus bermakna kita tidak improve. Bayangkan pula jika kita berusaha mengubah diri kita supaya menjadi kebal terhadap persekitaran yang sukar, sudah tentu kita akan develop sesuatu yang luar biasa yang akan menjadikan kita hebat.

Ya, percayalah dengan berubah kita akan menjadi seorang yang hebat.