Thursday, June 25, 2009

Jangan Jadi Bangau. ( Episod 1 )



”Bangau oh bangau , kenapa engkau kurus?

Macam mane aku tak kurus, ikan tidak timbul…ikan tidak timbul…

Ikan oh ikan , kenapa tidak timbul?

Macam mane aku nak timbul, rumput panjang sangat…rumput panjang sangat…

Rumput oh rumput , kenapa engkau panjang?

Macam mane aku tak panjang, kerbau tak makan aku…kerbau tak makan aku…

Kerbau oh kerbau , kenapa tak makan rumput?

Macam mane aku nak makan , perut aku sakit…perut aku sakit…

Perut oh perut , kenapa engkau sakit?

Macam mane aku tak sakit, makan nasi mentah…makan nasi mentah…

Nasi oh nasi , kenapa engkau mentah?

Macam mane aku tak mentah, kayu api basah…kayu api basah…

Kayu oh kayu , kenapa engkau basah?

Macam mane aku tak basah, hujan timpa aku…hujan timpa aku…

Hujan oh hujan , kenapa engkau turun?

Macam mane aku tak turun, katak pangil aku…katak panggil aku…

Katak oh katak , kenapa panggil hujan?

Macam mane aku tak panggil, ular nk makan aku…ular nak makan aku…

Ular oh ular kenapa nak makan ketak?

Macam mane aku tak makan , memang makanan aku….”

Monday, June 22, 2009

cuti cuti malaysia...


ramai betul. rakyat israel 14juta je. kalu kita seramai 250 juta kencing 1 liter per orang.then baling kat israel.tentu mereka akan musnah dgn hina. (petikan seorng aktivis anti zionis Indonesia )




P ramlee panggil kami 6 jahanam. tapi...



gagah perkasa , disukai ramai...


menang ke kalah ni?


padayappa!!!


speechles.....












Friday, June 19, 2009

aku , kambing dan dot dot dot ... ( episod 1 )

Pernah terfikirkah oleh kita kenapa para nabi kita adalah pengembala kambing?

Semasa cuti yang lepas apambalik cuba2 mengembala kambing seorang member kita. Begitu banyak pelajaran dan moral value yang didapat hasil pengembalaan tersebut.

Selain itu apambalik juga mempelajari tips2 membela kambing dan juga mempelajari beberapa perangai khas kambing.

1) Kandang kambing perlu ada ventilasi yang cukup sebab kambing juga ingin kebebasan. Jika tidak kambing2 akan demo dan bergaduh sesame sendiri dalam kandang yang melemaskan itu. ( p/s:adakah rakyat Malaysia sekarang berada dalam kandang kambing yang tertutup? )

2) Kandang kambing perlukan pencahayaan yang cukup. Bayangkan kandangseperti rumah panjang, salah satu bahagian depan atau belakang mesti mengadap kearah timur dan satu bahagian lagi mesti mengadap arah barat. Dalam kes member apambalik ni bahagian depan kandang mengadap ke barat, sedangkan bahagian belakang kandang mengadap ke timur.

Kandang mesti dalam posisi ini kerana untuk mengelakkan kambing daripada dijangkiti kuman. Cahaya matahari mengandungi UV. Sinar UV ini akan merosakkan rantai DNA, sekaligus membunuh nucleus kuman2 yang berpotensi utk menjangkiti kambing peliharaan kita. Mencegah lebih baik dari merawat.itulah kata2 yang sesuai utk membayangkan posisi kandang kambing yang sehat.

3) Kawasan peliharaan kambing,termasuk kandang dan partition2 padang ragut mestilah dipagar dengan kuat. Ini kerana kambing adalah haiwan yang sangat nakal dan degil. Kawasan yang kita larang dia masuk, itulah yang menjadi favorite dia. Apambalik teringat kata2 seorang sesepuh dalam bidang kambing ini. Katanya, “kambing2 ni kalu ibaratkan manusia gak mace dgn budak henry gurney la. Hok kito tok bui tu la hok dio nok bena.”

Apambalik sendiri pernah menyaksikan secara live bagaimana ganaznya kambing ni apabila dia merobohkan pagar2 yang dibina oleh tuanya. Inilah yang menyebabkan tuan dia bertambah saying kepada kambing2nya. Gambar diatas membuktikan betapa selambenya kambing berjalan melepasi pagar yang baru sahaja dirobohkannya. Beliau kemudian memasuki kawasan larangan yang telah di isytiharkan oleh tuannya.

Maybe sampai sini dulu perkenalan kita dengan kambing2 comel dan ganaz utk kali ini.kita bertemu lagi di episode yang seterusnya…

Wassalam…

Tuesday, June 16, 2009

Daie Istiqamah

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang

Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

Friday, June 5, 2009

Kisah Kain Kafan Buruk...


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"


Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.