Sunday, March 8, 2009

susahnye nk bangun solat subuh...(hakikat ibadah kita)


“Wei!!! Bangun wei. Subuh dah nak abis ni. Dah terang dah kat luar tu”.

Secara manusiawi, mesti dalam hati kita kata, leceh la nk kene bangun pagi2 buta solat subuh.aku semalam dah la tido lambat buat tutorial. Pastu siang kene solat. Petang pun kene solat. Senja kene solat. Malam pun kene solat lagi. Kenapa org agama lain rilek je.solat takde la sebanyak kita org islam?

Kenapa kita kene solat? Mungkin kita semua dah tau kan solat tu akan melancarkan aliran darah ke otak. tapi takkan solat je.takde ke aktiviti lain yang boleh melancarkan darah ke otak. orang yahudi yang memang terkenal berdalih, solat dengan menghayunkan kepala. Diorg kata dengan buat camtu pun boleh melancarkan aliran darah ke otak. hasilnya kita boleh tengok orang yahudi lebih bijak dpd kita. Adakah solat diorg yang betul? Adakah solat kita tak betul?

Mari kita introspeksi diri kita.

Mungkin selama ni kita solat sebab terpaksa.

Mungkin selama ni kita solat sebab takut orang kate.

Mungkin selama ni kita solat sebab takut warden asrama rotan. Ehem , kantoi.

Sekarang secara ilmiah aku nak bagitau kawan2 kenapa kita solat, atau kenapa kita beribadah. Mungkin dengan kita tau benda ni lepas ni kita akan solat dengan ikhlas tanpa perasaan mungkin dan mungkin seperti diatas.


Pertama kita tengok dulu hakikat penciptaan manusia. Tujuan manusia dicipta di dunia ni hanya dua tujuan sahaja. Pertama supaya manusia ni menjadi khalifah di dunia ( al – baqarah : 30 ). Kedua tujuan manusia kat dunia ni adalah untuk beribadah kepada Allah ( Adz – Dzaariyaat : 56 ).

Kedua adalah trik penting bagaimana menyedarkan diri sendiri supaya nanti kita akan beribadah dengan ikhlas. Kita tengok dasar dari pelaksanaan ibadah. Dasarnya adalah perasaan kita sendiri.

Perasaan pertama yang sepatutnya ada dalam diri kita adalah perasaan bersyukur atas segala nikmat Allah keatas kita dan kita ingin tunjukkan rasa bersyukur tu dengan beribadah kepada Allah. Contohnya kita tengok Rasulullah solat malam sampai bengkak2 kaki baginda dan alas annya adalah untuk menjadi hamba yang bersyukur. Setengah orang kate , “ camne aku nak bersyukur dow, aku idup kat Padang ni stress giler.dah la tak leh buat praktikal.padahal kuliah dah setel”. Kemudian Allah menjawab, “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” ( Nahl : 18 ). “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? “ ( Ar Rahman : 13 ). Analogi yang simple la. Bila ada orang berbudi kat kita, kita mesti nak membalas budi tu kan. Tu baru sesame manusia, takkan dengan Tuhan kita sendiri kita nak kedekut kot….

Perasaan yang kedua yang kita patut ada adalah rasa takut dan takjub akan keagungan Allah. So bila kita sedar betapa agungnya Allah, sepatutnya kita akan bersujud kepada Nya. Analogi lagi. Kalu kita gi jumpe org besar2, menteri or Obama sendiri, kita mesti merasa mereka tu hebat kan. So kita kita pun ready la nk serve utk dia. Itu baru sesama manusia, apalagi dengan Allah Yang Maha Agung. Jauh lebih hebat dari segala makhluk sehingga tiada tandingan. Kenapa kita masih tak nak beribadat. Kenapa kita masih susah nak solat dengan ikhlas.

Itulah dasar dari ibadah kepada Allah.bukan hanya kerana perintah Allah. Tapi juga adalah keperluan diri kita sendiri. Fitrah diri kita sendiri.

Dari perasaan bersyukur dan perasaan takjub akan keagungan Allah timbullah ibadah. So , sekarang kita tengok pulak apa dia tujuan ibadah.


Tujuan dari ibadah adalah untuk merendahkan diri kepada Allah dan symbol ketundukan kita kepada Pencipta. Means ibadah kepada Allah menunjukkan kita kita hanya takut kepada Allah semata2. Bukan kepada manusia. Kita juga sedar status kita adalah hamba sedangkan Allah adalah pencipta.hasilnya kita akan berqanaah. Kita tidak akan meminta lebih. Cukuplah apa yang ada sekarang samada ia baik atau buruk. Tujuan ibadah juga adalah kerana kecintaan kepada Allah. Bila dengan manusia yang kita sayang pun kita dengan ikhlas dan jujur merasa kentutnya wangi. Apalagi dengan Allah pencipta kita, puncak kecintaan hakiki kita. Segala pemberian Allah kita akan merasa hal itu adalah baik untuk kita walaupun secara akal manusia mengatakan hal itu tidak baik. Tapi kerana kecintaan terhadap Allah, kita merasa hal itu adalah sangat baik.

Hasilnya ???

Hasil dari ibadah kita adalah muncul perasaan baru iaitu takut dan harap.

Perasaan takut bermaksud, kita takut hanya kepada Allah semata2. Kita takut jika kita berdosa. “(yaitu) orang-orang yang menyapaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan”. ( al-Ahzab : 39 )

Manakala perasaan harap pula bermaksud bila kita berhajatkan sesuatu, kita hanya berharap kepada Allah. Bukan berharap kepada makhluk lain. Hasilnya kita tidak akan berkonsultasi dengan bomoh , dukun dsb.

Nah , kita lihat. Bukankah hanya dengan ibadah saja, boleh menghasilkan orang islam yang berkualiti…. renungkanlah

0 comments: