Sunday, March 15, 2009

Management by Objective @ M.B.O.


Jujur saja , sejak dari 1st year sampi sekarang saya memang malas nak gi meeting KUMNO. Sebab sangat jarang sekali kita meeting pada landasan matlamat. Lebih parah lagi kita pernah buat meeting sebab merasa dah lama tak buat meeting. Tapi apa tujuan dia?...?...? ntah la. Saya pun tak tau nk kate ape dah. Bukannya nk salahkan kepimpinan sekarang atau kepimpinan dulu. Saya sendiri pun terlibat secara lansung dalam kepimpinan KUMNO baik kepimpinan sekarang atau kepimpinan lama. Observasi saya , masalah manajemen ni seolah2 telah menjadi satu barah dalam KUMNO. Bukan saja masalah manajemen saja, ada banyak lagi masalah lain yang tak perlu saya sebutkan disini. Mungkin pada kesempatan ini saya akan sentuh bab manajemen je kot. Sekali lagi saya maklumkan , saya berpendapatscr peribadi bahawa masalah ni adalah barah dalam KUMNO, so bukan bermaksudkan untuk menyalahkan siapa2…

Mungkin sedikit info berkaitan MBO ( Management By Objective ) ni dapat menyembuhkan barah setidaknya mengurangi keparahan barah KUMNO. Sesungguhnya aku masih sayangkan KUMNO sebagai platform kebajikan orang2 melayu di Padang kota tercinta, kujaga dan ku bela...

MBO

Kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.

Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.

Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.

Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.

Contohnya, Biro A ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;

  1. Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
  2. Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
  3. Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.

Saya bertanya pada diri saya kenapa KUMNO sejak dulu sampai sekarang masih di belenggu masalah yang sama. Kapankah tiba masanya MBO ini akan diaplikasikan secara hollistic?

……………….

1 comments:

Anonymous said...

Calon Presiden KUMNO 2009/2011.. Vote for Kampung LAut!
- Pok nik Koto tinggi