Tuesday, March 10, 2009

penggunaan perkataan "Allah"...


Assalamualaikum.. baru2 ni kecoh 1 Malaysia bila gereja nk cetak bible gune perkataan ' Allah '. kecoh sampai masuk parlimen dan juga di komen oleh beberapa ulama' besar di Malaysia.

Ada sorg ulama cakap penggunaan perkataan Allah telah di gunakan sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw iaitu semenjak dari zaman jahiliah lagi. dia kate org2 jahiliah dulu kalu kita tanya sape tuhan & sape yang cipta dia dan alam semsta, pasti dia cakap Allah.walaupown dia sembah latta manat atau uzza.


ada sorg ahli parlimen cakap kat parlimen bahawa beliau tak stuju ore kristian nak guna perkataan Allah coz takut berlaku kekeliruan....

ini krn keadaan waqi' kite yg berrbilang kaum....

contohnya klu sore muslim bagitau nk gi sembah Allah....

sore kristian pown cakap nk gi sembah Allah....

hal ni akn menimbulkan kekeliruan pd masyarakat....


- Ini jawapan sorg sahabat


Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
mengerti

Komen :
(Lihat Pada Rangkapan Terakhir)

Kekadang bila difikirkan pengharaman penggunaan perkataan "ALLAH" di dalam penulisan Kristian di Malaysia adalah tindakan yang terbaik bila dilihat pada lirik lagu di atas. Tidak mustahil sekiranya di benarkan pasti dan pasti bukan sahaja di dalam "catholic Herald" tetapi juga diberbagai tempat akan digunakan perkataan ALLAH, SOLAT, BAITULLAH dan sebagainya.

Di Indonesia, penggunaan ALLAH bukan setakat di dalam penulisan majalah tetapi juga di 'signboard', dinding gereja , akhbar-akhbar dan diberbagai tempat sehingga kita keliru yang mana satu Islam dan yang mana satu Kristian. Contoh :

"Dewan Sidang Allah"." Acara Khutbah Hari Minggu", "Allah YesusKu".


Bagaimana pula bagi anak muda yang kurang mendalami agama, anak-anak sekolah rendah dan pra sekolah. Tentulah berlebih lagi keliru.

Ramai rakyat Malaysia meminati agnes monica tambahan pula drama Jelita sedang hangat ditayangkan di TV3. Lagu “Matahariku” amat popular di Malaysia dari kalangan muda hingga yang tua tetapi saya harap kite semua perlu berhati2.

0 comments: