Saturday, March 28, 2009

Perokok lebih hina daripada lembu - Utusan



KOTA BHARU 27 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — BERNAMA

12 comments:

Faiz Na'aman said...

Satu teguran yang bagus untuk perokok yang berjubah serta berserban yang merokok di sekitar masjid mereka... sungguh memalukan...

Eerr... sejak bila lembu ini hina wahai Tuan Guru? Bukankah Tuan Guru juga pernah memakan daging lembu? Adakah manusia sanggup memakan daging binatang yang hina?

Tuan Guru oh Tuan Guru... sometimes confusing...

Anonymous said...

senang je. mesti seseorang tak mau kalau orang lain cakap 'ko ni perangai macam lembu'. hina tak?

hina disini bukan erti halal atau haram. hina dari segi martabat penciptaan makhluk.

manusia sebaik-baik makhluk mesti tidak mau disamakan dengan lembu atau lebih bawah/hina dari lembu.

masalah bahasa je. sedangkan sama-sama manusia kadang-kadang rasa terhina inikan pula si lembu.

hee

[ AlexumaR ] said...

btul2 . ada benarnya . tapi mmg susah nk berenti . kena paham dan yakin pada niat . lebih disiplin . huhu .

mungkin kita tak guna akal yg diberi , makanya kita hina cam lembu . huhu ...



"kal an'am .. "

Faiz Na'aman said...

Sejak bila aku kata hina itu berkait halal atau haram?

Sebaik-baik penciptaan manusia, Allah tak kata makhluk lain itu "HINA" dari segi martabat. Semua ada fungsi masing2...

Ada ke ayat Al-Quran atau hadis yang mengatakan makhluk lain itu HINA terutamanya LEMBU?

http://www.youtube.com/watch?v=LdxScDgFTq4

mohd afham said...

"martabat manusia ditentukan oleh sejauh mana dia memberdayakan akalnya" (hadis)

"dan kami penuhkan isi neraka itu dari jin dan manusia yang mempunyai hati tapi tidak berfikir dengannya, yang mempunyai mata tapi tak mahu melihat dengannya, yang mempunyai telinga tapi tidak mahu melihat dengannya, mereka itu umpama binatang ternak, bahkan lebih teruk dari itu" ( quran )

so, kawan2 ayuh berdayakan akal masing2. pikir sendiri maksud tersirat dari hadis dan ayat quran diatas.

di kesempatan ini, sy nk ucapkan tahniah kepada 2 orang kawan saya yang telah berjaya berhenti merokok :
Mohd Ekhwan bin darus.
Mohd Shazwan Nizam bin Bahar.

p/s: yang lain bila lagi.

Anonymous said...

saya xsuke laki merokok..dh la cepat mati..pastu bunuh org lain plak tu..

Anonymous said...

jgn duk kisah la sape ckp..
tgk ISI la. apa payah sgt..
tok guru ke.. tok sami ke.. tok wan ke..

merokok xbaik utk kesihatan dr sndri dan org lain.. satu dunia pun tahu benda tu. apatah lagi budak medik..

org merokok mulut bau busoook..

Anonymous said...

Heal thyself, quit smoking.. =)

- Pok Nik

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

surah al-a'raf,178-179

barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi (178)

dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. mereka memiliki hati, tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang lengah.

mungkin dari surah ini tuan guru nik aziz petik untuk menjelaskan kedudukan orang-orang yang merokok..satu hal yang patut disyukuri, beliau guna perkataan 'hina' daripada perkataan 'sesat'...

ramai sangat pakai anonymous so aku bagi kredit kat someone yang komen no 7...kita tengok isi yang bercakap..tak kira la tok sami atau tok guru yang penting benda elok kita buat...

wallahualam..

Faiz Na'aman said...

Tujuan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz bagus, aku akui.

Cuma mungkin pendekatan dengan berkata begitu agak "hina" bunyinya dalam menasihati insan seakidah, terutama org2 PAS sendiri yang sinonim dengan pemakaian serban dan jubah tersebut.

Andai katalah jika nasihat yang sedemikian datang dari tokoh UMNO, sudah pasti ia mendapat kecaman dari golongan PAS jua. Keadaan ini selalu berlaku, bacalah HARAKAH (siap promosi media PAS lagi ni).

Sebab itu sebelum kita cakap jangan melihat kepada siapa yang berkata, kita pun kenalah adil dalam mengiyakan apa yang benar hatta dari pihak yang bertentangan pun.

Merokok adalah bahaya... full stop.. dan terserah kepada kekuatan individu untuk berhenti. Setiap individu mempunyai kekuatan yang berbeza. Itu adalah keunikan ciptaan Allah. Ada kelebihan dan juga ada kekuatan.

Kepada sahabat2 yang tidak merokok, doa anda lebih mujarab barangkali dari nasihat sinis yang seringkali mengaibkan individu2 tertentu di publik.

.:sin_bad:. said...

Salam,

fuh, apam... blog ko mmg penuh kontroversi...

bagi aku, lantak la depa nak terima / tak. Masalah hati...

Manusia dicipta dari saripati yg HINA, tiba2 jadi pembantah yg nyata...

Tepuk dahi sendiri, ckp "ayoyo!"

p/s : lama x komen post demo nih...

Nik Amin said...

Artikel yang bagus..
tapi sayang meleset ke politik..