Tuesday, March 17, 2009

ISAT : Kemenangan Panitia , ke.............an melayu!!!


PADANG , 17 Mac 2009. KUMNO padang dengan program ISAT ( Ibnu Sina Action Team ) sekali lagi membuktikan signifinannya dengan melaksanakan kuliah CPR ( Cardio Pulmonal Resusitation ) buat kali ke 2. Tahniah diucapkan buat panitia ISAT. Tapi sedarkah kita disebalik kejayaan kita melaksanakan program , ada sedikit kegagalan yang tersirat. Satu kegagalan yang menurut saya sangat dikesalkan. Jangan salahkan panitia , tapi try fikir & cuba ubah selepas ini.

Kuliah CPR ke 2 seperti pada jemputan dimaklumkan dimulai pada jam 1600 di Mess Malaysia. Saya sebagai pemateri merasa bertanggug jawab untuk datang awal sebelum jam 1600. Dari pemerhatian saya, sampai jam 1615 cuma ada seorang peserta melayu, tidak termasuk panitia dan tuan rumah. Manakala peserta dari kaum India sangat ramai dan mereka datang tepat waktu. Kebanyakan peserta melayu sampai saat kuliah telah dimulai. Dan sampai kuliah berakhir pun jumlah peserta melayu masih kurang berbanding peserta India.

Saya difahamkan oleh panitia bahawa penyertaan dalam kuliah ISAT adalah percuma kepada ahli KUMNO , secara otomatik percuma kepada melayu. Manakala bagi peserta yang non ahli KUMNO , means Indian harus bayar untuk mengikuti kuliah ISAT. Tapi hasil yang boleh kita lihat dari kelebihan yang diberikan kepada melayu, mereka menjadi semakin layu. Mungkin itulah sebabnya nama kita melayu kot.

Kepada melayu2 di padang, try fikir betul2. Sesungguhnya setiap hak yang diberikan hadir bersama tanggung jawab. pendek kata hak dan tanggung jawab tu tak dapat di pisahkan. tapi reality sebenarnya sangat kontras. Kita lihat di Malaysia , kita sering marah bila hak istimewa kita di persoalkan. Kita juga sering melaungkan hak istimewa kita. Tapi dengan segala hak istimewa yang kita ada selama ni, kita masih gagal untuk berprestasi. Ini mencerminkan kita hanya tau menuntut hak sahaja, tetapi lupa untuk melaksanakan tanggung jawab terhadap hak2 tersebut. Sepatutnya hak2 istimewa itu membantu kita untuk berprestasi biar tiada alasan untuk org lain mempersoalkan hak yang kita dapat. Contohnya isu koata di university tempatan. Kenapa ‘mereka’ berani mempersoalkan koata bumiputra tersebut. Ini kerana kita tidak berprestasi sehingga menjadikan kita tidak layak sebenarnya untuk mendapatkan hak tersebut.

So , melayu2 sekalian. Ayolah kita berprestasi mulai sekarang. Sungguh tiada kata terlambat. Jangan berhenti kerana bila kita berhenti bererti mati…

0 comments: