Sunday, March 15, 2009

THE OBAMA FACTOR & BLUE OCEAN STRATEGY




Salam kawan2 di Padang. Semenjak 2menjak ni kita asik dengar orang2 bertanya bila MTC ( Mesyuarat Tahunan Cawangan ) PKPMI.? Dan setiap musim pemilihan pemimpin baru inilah, kita orang2 melayu menggelabah mengemukakan calon YDP masing2. Tak lupa jugak di pihak kawan2 india pun mengalami situasi yang sama. Tapi adakah setiap kali pemimpin baru naik, beliau dapat memuaskan hati semua pihak atau at least dapat menjadikan Padang sebagai tempat yang aman bagi kita rakyat Malaysia.

Jadi, gimana sih solusinya??? Nah, ini dia contoh pemimpin yang pintar yang seharusnya kita di Padang mengangkat orang seperti ini sebagai pemimpin kita……

Obama yang mewakili Parti Demokrat memenangi pilihanraya Presiden Amerika dengan kelebihan undi sebanyak 60,603,177 berbanding seterunya dari Parti Republikan; John McCain yang memperoleh undi sebanyak 54,228,228.

Rekod sejarah Obama

  1. Kemenangan Obama mencatat sejarah baru dunia secara umum dan Amerika secara khusus iaitu Presiden pertama yang bangsa kulit hitam. Sebelum ini belum pernah ada Presiden AS dari bangsa berkulit hitam dalam sejarah lipatan sejarah Amerika.
  2. Obama juga mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika pertama dari parti Demokrat yang berjaya memperoleh undi popular melebihi 50% sejak kali terakhir dilakukan oleh Jimmy Carter pada tahun 1976.
  3. Menjadi senator pertama yang dipilih untuk terus menjadi Presiden selepas John F. Kennedy pada tahun 1960 (dari seorang peguam kemudian ahli senator dan terus menjadi Presiden AS).
  4. Obama turut mencatat sejarah kerana menang di kawasan-kawasan yang tidak pernah mengundi calon Demokrat selama 44 tahun iaitu di Indiana dan Virginia,
  5. Ohio and Florida yang menjadi kunci utama kemenangan Bush sebelum ini jelas memihak pada Obama.
  6. Begitu juga Pennsylvania yang menjadi kubu McCain jatuh ke tangan Obama.

Apakah faktor yang menyebabkan kemenangan ‘besar’ Obama yang sebenarnya mempunyai sedikit pengalaman di peringkat antarabangsa berbanding McCain? Kenapa rakyat Amerika sanggup memberi undi kepada calon muda, kurang berpengalaman berbanding calon yang jauh berpengalaman seperti McCain?

Saya percaya, kemenangan Obama antara lain berpunca banyak faktor. Saya berpandangan rakyat Amerika berjaya dipengaruhi oleh Obama kerana ‘the blue ocean factor’.

Blue Ocean Strategy

Blue Ocean Strategy ialah mencipta gelanggang baru berbanding bertarung dalam gelanggang yang sudah sedia ada yang mengandungi gergasi-gergasi yang sudah lama menguasai gelanggang tersebut. BOS ialah mencipta persaingan yang relevan melalui gelanggang atau ruang yang belum dikuasai sebelum ini. Obama tidak menggunakan Red Ocean kerana ia bermaksud mencipta persaingan dalam gelanggang yang sudah wujud dan dikuasai oleh gergasi-gergasi lama. Akibatnya ialah risiko persaingan ‘berdarah’ dan kerugian besar.

  1. Di kala McCain menggagaskan agar ekonomi Iraq mesti dipulihkan, Obama pula menggagaskan agar tentera AS terus berundur terus dari Iraq.
  2. Paling asas ialah di kala Mc Cain muncul sebagai tokoh berpengalaman dengan imej ‘old-timer’, Obama muncul dengan imej segar, muda dan dari bang berkulit hitam (inilah perbezaan yang paling ketara!).

Di Malaysia, muncul juga beberapa tokoh politik yang berjaya kerana ‘Strategi Laut Biru’. Antaranya ialah seorang tokoh dari Kelantan. Beliau muncul dengan cara yang cukup berbeza. Di kala para ahli politik bermegah dengan bersongkok dan berpakaian sut dan tali leher, beliau muncul dengan berjubah dan berserban. Di kala para ahli politik seringkali menggunakan hujah ekonomi dan pembangunan dalam ucapan, beliau muncul dengan menggunakan hujah wahyu sebagai daya tarikan ucapan.

Keutuhan beliau berpegang kepada ajaran wahyu sangat kuat sehinggakan majalah The Off Edge keluaran November 2008 meletakkan tajuk ‘God, Politics, everything’ sebagai tajuk utama muka depan dan wawancara bersama tokoh ini.

Inilah persamaan antara MB Kelantan dan Presiden AS yang baru. Masing-masing mempunyai kuasa pengaruh yang cukup hebat kerana keupayaan untuk muncul ‘lain dari yang lain’. Beza antara mereka? Ada 1001 perbezaan yang boleh saya timbulkan, tetapi biarlah ia dibicarakan oleh mereka yang berfikiran ‘topi hitam’.

1 comments:

Anonymous said...

BARACK OBAMA THE WOLF IN SHEEP'S CLOTHING - HIS PUPPETMASTERS...
- POK NIK KOTO TINGGI