Monday, March 9, 2009

kapan kawin? kapannnn........


Assalamualaikum kawan2. Kita yang bergelar mahasiswa, apalagi mahasiswa kedokteran sering kali merasa diri kita sudah terlalu tua untuk bergelar mahasiswa. Kita melihat kawan2 kita yang belajar jurusan lain semua dah lulus and dah kawin. Pendek kata, semua dah setel down la. So, secara psikologi kita akan merasa depress kerana kita tak sama dengan kawan2 kita yang lain. Stress , depres , down dsb....so, ape kita nak buat sekarang?

Ada org kate, “ ape susah sangat, kita couple la masa blajar”.

Ada orang kate , “ sabar, 5 tahun belajar medic kejap je. Nanti dh jadi dokter ramai yang menawarkan diri.”

Ada orang kate , “ kita kawin la masa tgh blajar”. Kemudian ada sorang member menyampuk, “ susah la, mak ayah aku konpem tak bagi punyer”.

Maybe information ni ada gunanya bagi kita supaya kita faham apa itu kedudukan perkahwinan, hikmah and falsafah perkahwinan dalam islam. Semoga segala tindakan kita nanti lurus and ......

Kedudukan perkahwinan dalam Islam

  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidaka memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

1 comments:

.:sin_bad:. said...

afham, cepat2 lah nikah ya! biarpun sampai ke kelantang, aku sanggup datang...