Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts

Sunday, March 15, 2009

THE OBAMA FACTOR & BLUE OCEAN STRATEGY




Salam kawan2 di Padang. Semenjak 2menjak ni kita asik dengar orang2 bertanya bila MTC ( Mesyuarat Tahunan Cawangan ) PKPMI.? Dan setiap musim pemilihan pemimpin baru inilah, kita orang2 melayu menggelabah mengemukakan calon YDP masing2. Tak lupa jugak di pihak kawan2 india pun mengalami situasi yang sama. Tapi adakah setiap kali pemimpin baru naik, beliau dapat memuaskan hati semua pihak atau at least dapat menjadikan Padang sebagai tempat yang aman bagi kita rakyat Malaysia.

Jadi, gimana sih solusinya??? Nah, ini dia contoh pemimpin yang pintar yang seharusnya kita di Padang mengangkat orang seperti ini sebagai pemimpin kita……

Obama yang mewakili Parti Demokrat memenangi pilihanraya Presiden Amerika dengan kelebihan undi sebanyak 60,603,177 berbanding seterunya dari Parti Republikan; John McCain yang memperoleh undi sebanyak 54,228,228.

Rekod sejarah Obama

  1. Kemenangan Obama mencatat sejarah baru dunia secara umum dan Amerika secara khusus iaitu Presiden pertama yang bangsa kulit hitam. Sebelum ini belum pernah ada Presiden AS dari bangsa berkulit hitam dalam sejarah lipatan sejarah Amerika.
  2. Obama juga mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika pertama dari parti Demokrat yang berjaya memperoleh undi popular melebihi 50% sejak kali terakhir dilakukan oleh Jimmy Carter pada tahun 1976.
  3. Menjadi senator pertama yang dipilih untuk terus menjadi Presiden selepas John F. Kennedy pada tahun 1960 (dari seorang peguam kemudian ahli senator dan terus menjadi Presiden AS).
  4. Obama turut mencatat sejarah kerana menang di kawasan-kawasan yang tidak pernah mengundi calon Demokrat selama 44 tahun iaitu di Indiana dan Virginia,
  5. Ohio and Florida yang menjadi kunci utama kemenangan Bush sebelum ini jelas memihak pada Obama.
  6. Begitu juga Pennsylvania yang menjadi kubu McCain jatuh ke tangan Obama.

Apakah faktor yang menyebabkan kemenangan ‘besar’ Obama yang sebenarnya mempunyai sedikit pengalaman di peringkat antarabangsa berbanding McCain? Kenapa rakyat Amerika sanggup memberi undi kepada calon muda, kurang berpengalaman berbanding calon yang jauh berpengalaman seperti McCain?

Saya percaya, kemenangan Obama antara lain berpunca banyak faktor. Saya berpandangan rakyat Amerika berjaya dipengaruhi oleh Obama kerana ‘the blue ocean factor’.

Blue Ocean Strategy

Blue Ocean Strategy ialah mencipta gelanggang baru berbanding bertarung dalam gelanggang yang sudah sedia ada yang mengandungi gergasi-gergasi yang sudah lama menguasai gelanggang tersebut. BOS ialah mencipta persaingan yang relevan melalui gelanggang atau ruang yang belum dikuasai sebelum ini. Obama tidak menggunakan Red Ocean kerana ia bermaksud mencipta persaingan dalam gelanggang yang sudah wujud dan dikuasai oleh gergasi-gergasi lama. Akibatnya ialah risiko persaingan ‘berdarah’ dan kerugian besar.

  1. Di kala McCain menggagaskan agar ekonomi Iraq mesti dipulihkan, Obama pula menggagaskan agar tentera AS terus berundur terus dari Iraq.
  2. Paling asas ialah di kala Mc Cain muncul sebagai tokoh berpengalaman dengan imej ‘old-timer’, Obama muncul dengan imej segar, muda dan dari bang berkulit hitam (inilah perbezaan yang paling ketara!).

Di Malaysia, muncul juga beberapa tokoh politik yang berjaya kerana ‘Strategi Laut Biru’. Antaranya ialah seorang tokoh dari Kelantan. Beliau muncul dengan cara yang cukup berbeza. Di kala para ahli politik bermegah dengan bersongkok dan berpakaian sut dan tali leher, beliau muncul dengan berjubah dan berserban. Di kala para ahli politik seringkali menggunakan hujah ekonomi dan pembangunan dalam ucapan, beliau muncul dengan menggunakan hujah wahyu sebagai daya tarikan ucapan.

Keutuhan beliau berpegang kepada ajaran wahyu sangat kuat sehinggakan majalah The Off Edge keluaran November 2008 meletakkan tajuk ‘God, Politics, everything’ sebagai tajuk utama muka depan dan wawancara bersama tokoh ini.

Inilah persamaan antara MB Kelantan dan Presiden AS yang baru. Masing-masing mempunyai kuasa pengaruh yang cukup hebat kerana keupayaan untuk muncul ‘lain dari yang lain’. Beza antara mereka? Ada 1001 perbezaan yang boleh saya timbulkan, tetapi biarlah ia dibicarakan oleh mereka yang berfikiran ‘topi hitam’.

Mitos dalam kepimpinan


Antara masalah yang menghalang kita menjadi Pemimpin ialah Mitos Kepimpinan yang membentuk kepercayaan kita. Antaranya ialah;

1. Kepimpinan Adalah Kemahiran Luar Biasa.

2. Pemimpin Adalah Semulajadi Bukannya Dibentuk (Leaders are borned, not made)

Biografi pemimpin yang hebat seringkali dilihat sebagai seorang yang memasuki dunia kepimpinan melalui kelebihan semulajadi yang luar biasa seperti masa depan kepimpinannya telah ditakdirkan. JANGAN PERCAYA! Kebenarannya ialah kebanyakan ruang dan keupayaan boleh dipelajari jika mempuyai kemahuan yang tinggi untuk belajar.

Bukan mudah untuk belajar menjadi pemimpin. Tidak ada formula yang ringkas. Tidak ada formula sains yang tepat, tidak ada buku resipi yang membantu keperluan untuk menjadi pemimpin yang berjaya.

Ia adalah proses pencarian, dipenuhi dengan cubaan dan kesalahan, kuasa dan kekalahan, masa dan kejadian, kata hati dan pandangan hati.

3. Pemimpin Adalah Karismatik

Sesetengah keadaan mungkin benar, tetapi kebanyakannya tidak. Pemimpin, pada setiap sudut adalah ‘MANUSIA BIASA’. Ada yang tinggi dan rendah, berjaya dan gagal. Nilai tambah pada diri kita ialah karisma yang menghasilkan kepimpinan yang berkesan dan sesiapa yang menguasainya pasti dihormati dan disanjungi oleh pengikutnya. Selain itu, yang paling banyak ialah ‘PERSONALITI’ yang ada pada diri anda.

4. Kepimpinan Hanya Wujud di dalam Organisasi

Kita mungkin bermain dengan mitos ini apabila kita selalu melihat kepada eksekutif organisasi yang besar tetapi ia SALAH sebenarnya. Organisasi hanyalah ‘alat’ atau ‘pengangkutan’. Orang yang mengguna atau memandunya ialah ‘pemimpin’. Tanpa alat atau pengangkutan, tidak semestinya tiada yang mengguna atau pemandu. Ia tetap wujud selagimana kita sendiri yang ada kemahuan.

Nabi Muhammad, Mahatma Ghandi wujud dulu kemudian barulah mereka membentuk organisasi.

5. Pemimpin Mengawal, Mengarah, Memaksa Dan Memanipulasi Orang Lain.

Ini adalah mitos yang akan memusnahkan kepimpinan. Kepimpinan tidak menggunakan kuasa untuk memperalat orang lain. Pemimpin memimpin dengan kerelaan bukannya paksaan, dengan membina pencapaian yang boleh dicapai, membina harapan dan memberi ganjaran pada mereka daripada memanipulasikan mereka. Pemimpin memberi ruang membolehkan orang menggunakan inisiatif mereka sendiri.

6. Mitos yang lain?

Mungkin saya terlepas pandang beberpaa mitos lain. Apakata anda juga berkongsi mitos kepimpinan yang anda tahu.

Management by Objective @ M.B.O.


Jujur saja , sejak dari 1st year sampi sekarang saya memang malas nak gi meeting KUMNO. Sebab sangat jarang sekali kita meeting pada landasan matlamat. Lebih parah lagi kita pernah buat meeting sebab merasa dah lama tak buat meeting. Tapi apa tujuan dia?...?...? ntah la. Saya pun tak tau nk kate ape dah. Bukannya nk salahkan kepimpinan sekarang atau kepimpinan dulu. Saya sendiri pun terlibat secara lansung dalam kepimpinan KUMNO baik kepimpinan sekarang atau kepimpinan lama. Observasi saya , masalah manajemen ni seolah2 telah menjadi satu barah dalam KUMNO. Bukan saja masalah manajemen saja, ada banyak lagi masalah lain yang tak perlu saya sebutkan disini. Mungkin pada kesempatan ini saya akan sentuh bab manajemen je kot. Sekali lagi saya maklumkan , saya berpendapatscr peribadi bahawa masalah ni adalah barah dalam KUMNO, so bukan bermaksudkan untuk menyalahkan siapa2…

Mungkin sedikit info berkaitan MBO ( Management By Objective ) ni dapat menyembuhkan barah setidaknya mengurangi keparahan barah KUMNO. Sesungguhnya aku masih sayangkan KUMNO sebagai platform kebajikan orang2 melayu di Padang kota tercinta, kujaga dan ku bela...

MBO

Kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.

Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.

Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.

Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.

Contohnya, Biro A ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;

  1. Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
  2. Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
  3. Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.

Saya bertanya pada diri saya kenapa KUMNO sejak dulu sampai sekarang masih di belenggu masalah yang sama. Kapankah tiba masanya MBO ini akan diaplikasikan secara hollistic?

……………….