Mungkin sedikit info berkaitan MBO ( Management By Objective ) ni dapat menyembuhkan barah setidaknya mengurangi keparahan barah KUMNO. Sesungguhnya aku masih sayangkan KUMNO sebagai platform kebajikan orang2 melayu di Padang kota tercinta, kujaga dan ku bela...
MBO
Kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.
Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.
Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.
Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.
Contohnya, Biro A ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;
- Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
- Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
- Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.
Saya bertanya pada diri saya kenapa KUMNO sejak dulu sampai sekarang masih di belenggu masalah yang sama. Kapankah tiba masanya MBO ini akan diaplikasikan secara hollistic?
……………….
1 comments:
Calon Presiden KUMNO 2009/2011.. Vote for Kampung LAut!
- Pok nik Koto tinggi
Post a Comment