KUALA LUMPUR 12 Mei - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan pilihan terbaik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengembalikan semula penghormatan rakyat terhadap institusi raja di negeri itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sekarang masanya untuk baginda menunjukkan kesaksamaan sekali gus berpeluang untuk keluar daripada kemelut dengan tahap imej lebih tinggi.
Beliau berkata, institusi diraja Perak yang amat dihormati sebelum ini juga mempunyai peluang tersendiri menunjukkan kesaksamaan.
"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.
"Peluang institusi diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dipetik daripada laman blognya, husammusa.com.
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Husam menambah, pembubaran itu tidak semestinya menguntungkan Pas dan pakatan pembangkang kerana rakyat Perak kelak tidak semestinya akan kembali mengundi mereka.
"Apa pun, pembubaran DUN tetap langkah terpuji yang membuktikan Pas dan pakatan pembangkang adalah pemain demokrasi yang jujur dan cermat serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas. Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," katanya.
Salam. Baru2 ni kita semua terperanjat dengan kes seorang cina non muslim mewakili parti DAP membaca ayat suci al – Quran dalam ucapannya. So, ada banyak pihak yang memberi komentar. Dan saya rasa banyak dari komentar kawan2 kita ni dipengaruhi oleh media tanpa ilmu agama yang melayakkan dia menilai kes ini dan juga tanpa merujuk orang2 pakar dalam bidang ni. Pendek kata , media telah memanipulasi emosi audien. Bila media kate, “ ape la golongan ulama ni masih sanggup bersekongkol dengan orang non muslim yang mempersendakan ayat quran. Dah la baca yak betul (p/s : macamlah kita yang islam ni baca betul sangat ), takkan kita tak rasa tercabar?” macam ni la lebih kurang yang dikatakan media.
Masa kawa2 saya tengah sebok dok sembang benda ni, saya tak nak komen banyak sangat sebab saya pun kurang pasti. Tapi sekarang saya ada sumber yang menunjukkan sikap ulama dan komentar beliau terhadap kes ni. Jadi saya sengaja nak kongsi biar penilaian yang kita buat lepas ni terarah sedikit, bukan dengan mengikut emosi.
Berikut adalah surat Tok Guru Nik Aziz kepada YB Nga Kor Ming (dipetik daripada www.blogtokguru.bom). Surat yang ditulis sebagai respon kepada isu penggunaan ayat al-Qur'an oleh bukan Islam. Sangat menyentuh jiwa, bila baca, dapat rasakan indahnya dakwah...
Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
Kategori: Isu Semasa
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi "saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang."
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap "tidak mesra Umno" dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti "dimana tak kenanya Islam" atau "apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam" bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
Tingkah laku membuka mulut besar-besar di khalayak ramai sampai ternampak lidah, ditafsirkan secara negatif dalam budaya Melayu.
Itulah sebabnya, dalam tradisi asuhan keluarga Melayu, ibu bapa memarahi anak-anak kecil yang suka menangis dengan mulut terbuka besar-besar.
Kanak-kanak yang menangis di depan orang dengan mulut terbuka besar memalukan ibunya, itu sebab apabila perkara itu berlaku si ibu akan cepat-cepat mengambil si anak lalu menutup mulutnya.
Bagi orang Melayu, perbuatan suka membuka mulut besar-besar dikaitkan dengan banyak makna. Secara khusus, ia dikaitkan dengan ciri-ciri negatif pada peribadi si pembuka mulut.
Dalam budaya Melayu, ciri-ciri peribadi negatif yang dikaitkan dengan orang yang mempunyai tabiat suka membuka mulut besar-besar apabila bercakap di khaklayak adalah:
(i) Peribadi yang kurang halus.
(ii) Tidak mahir mencipta, mengawal dan menguruskan impression orang lain terhadap dirinya.
(iii) Tidak memiliki kepintaran interpersonal yang tinggi.
(iv) Tidak amat pintar.
(v) Tidak berkarisma.
(vi) Tidak memiliki peribadi yang teguh, kuat dan kental.
(vii) Tidak memiliki bakat kepimpinan yang tinggi.
(viii) Mempunyai ciri-ciri palsu, berpura-pura, menutupi kelemahan.
“Kita berbilang kaum dan agama, tak mungkin la parti islam boleh handle”.
“Diorang kebanyakan ulama, apa yang diorang tahu bout management?”
“Parti islam memerintah Malaysia? ” “Utopia?”
Sekarang saya bertanya kat orang islam.
“Apa alasan kita untuk tidak menyokong parti islam?”
Bagi orang bukan islam itu hak mereka. Tapi bagi orang islam, menyokong parti islam adalah tanggungjawab kita. Kalu seseorang menolak parti islam dengan alasan system tidak islam, lantas dia menyokong parti dengan nilai2 yang lain seperti nasionalisme, kebangsaan atau parti dengan nilai keadilan. Maka kenapa dia tidak memilihhizbut tahrir sahaja yang tidak terlibat dalam politik dan menolak total system demokrasi. Kenapa dia masih memilih parti lain yang tidak islamik yang membawa erti dia telah menerima system yang tidak islamik. Pendirian seperti ini sama sahaja dengan aspirasi penjajah yang ingin memisahkan islam daripada politik. Saya tegaskan , aspirasi penjajah adalah adalah memisahkan islam dari aspek2 kehidupan termasuk politik. Pendek kate sekularisme. Sekarang saya bertanya , “ adakah kita ingin menjadi agen2 yang menabur benih2 sekular? ”
Sebagai muslim , wajib bagi kita untuk tanamkan hasrat dalam hati untuk melihat tertegaknya khilafah islam sekaligus islam sebagai satu system dapat dimanifestasikan dalam kehidupan seterusnya menjadi ustaziatul alam. Namun apakah mungkin hasrat itu dapat tercapai dalam reality dunia demokrasi sekarang?Jawapannya adalah , “MUNGKIN”.
Sekarang cube kita fikir , apakah logik hasrat akan tercapai tanpa usaha?
Tidak , kerana Allah tidak akan mengubah nasib satu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Jadi siapa yang harus berusaha untuk merealisasikan hasrat tertegaknya khilafah islam? “KITA”. Kitalah sebagai muslim yang mesti berusaha. Takkan nk harapkan non muslim.
So bagaimana caranya?Susah la, kita pakai demokrasi. Camne nk menang.
Realiti kehidupan sekarang adalah umat islam menang disisi kuantiti. Kuantiti adalah rohnya system demokrasi. Tapi kenapa kita masih kalah? Kerana ada mereka2 yang ‘seperti di atas’ yang bergelar muslim tapi cuma tau berhasrat sahaja tapi tak berusaha atau tidak ada hasrat sama sekali, Tuhan saja tau apa yang ada dalam hati mereka. Bayangkan jika semua umat islam bersatu dan berusaha ke arah penegakan khilafah. Inilah yang saya maksudkan pada post sebelumnya , “menjadikan demokrasi sebagai senjata makan tuan”.
Sangat jelas secara logic akal bahawa kemenangan Islam baik diperingkat DUN(negeri) atau Parlimen(Negara) atau diperingkat global bukanlah suatu yang mustahil. Ditambah lagi keyakinan akan janji kemenangan dari Allah. Yakinlah bahawa islam akan memerintah bukanlah UTOPIA….
Setelah saya publish post tentang reality politik Malaysia , ada respon dari kawan2 yang berkata , “sistem yang kita pakai sekarang adalah tidak islamik , so parti politik islam yang ada sekarang adalah tidak sah disisi agama bla…bla…bla…tak realistic…bla…bla…bla…berbilang kaum , susah bla…bla…bla…pilih yang lain…bla…bla…bla…”
Memetik blog Dato’ Haji Husam Musa ( Naib Presiden PAS ) , saya ringkaskan seperti dibawah.
Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi yang diutus untuk terlibat didalam semua lapangan kehidupan.
Kesannya, umat manusia tidak perlu bertanya apa jawapan Islam dalam perdagangan, ekonomi, politik, kehakiman, hubungan antarabangsa dan hubungan dalam berumahtangga kerana Nabi Muhammad S.A.W telah telah terlibat secara langsung didalam semua aktiviti utama dalam kehidupan manusia.
Bagaimanapun, penjajah yang menjajah bumi-bumi Islam, telah berusaha selama beberapa abad untuk memasukan ke dalam pemikiran penganut agama Islam di tanah jajahan mereka bahawa politik adalah sesuatu yang kotor lantaran ianya harus dijauhi. Lantaran politik harus dipisahkan dari agama.
Dakyah colonial ini wajib dipertikaikan kerana sejarah Islam membuktikan bahawa Nabi Muhammad S.A.W dan beberapa Nabi sebelumnya telah terlibat secara langsung dalam politik.
Realiti didepan mata. Sejak 1990, Kelantan ditadbir oleh Parti Islam Malaysia dan di ketuai oleh seorang ulamak sebagai Menteri Besarnya ( YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ). Namun begitu, masyarakat bukan Islam begitu sejahtera dibawah kepimpinan ulamak di Kelantan.
Kepimpinan ulamak di Kelantan juga tidak langsung menyekat kebebasan beragama di kalangan yang bukan Islam dan ini boleh dibuktikan dengan bertambahnya rumah-rumah ibadat bagi bukan Islam sehingga ada yang sesetengahnya merupakan yang terbesar di rantau ini tanpa mengabaikan sedikit pun juga kebajikan orang2 islam sendiri.
Di dalam Al Quran juga jelas diceritakan model-model pemerintahan islam dan sekali masyarakat bukan Islam menikmati pemerintahan bermodelkan Islam mereka pasti tidak akan menolaknya. Ini telah berjaya dibuktikan oleh Parti PAS dan kesanya ia mula meraih sokongan dari masyarakat bukan Islam di Malaysia.