Showing posts with label Movie of The Month. Show all posts
Showing posts with label Movie of The Month. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

April : Sang Murabbi

“Pernah dengar tak citer tentang monyet yang sedang duduk rehat kat puncak pokok kelapa?

Kemudian datang angin yang kuat menerjang. Maka makin kuat pulalah si monyet ini berpegang pada dahan pokok.

Kemudian datang angin sepoi2 membelai manja. Maka monyet ini terbuai lena, lalu jatuh dari pokok yang tinggi.”

Pengajarannya disini ialah, sudah menjadi lumrah para daie bila cubaan makin ganas, maka mereka menjadi semakin tabah dan semakin mantap. Tapi jangan sampai bila jalan kita dipermudahkan, kita menjadi lalai dan kita menjadi haprak oleh kerana mudahnya jalan yang ditempuh.”

Salam kawan2. Bulan ni saya memilih movie yang bertajuk , “SANG MURABBI“ sebagai movie of the month untuk April 2009.

Text diatas adalah salah satu daripada begitu banyak kiat2 yang boleh kita petik untuk membooster semangat para daie tanpa mengenepikan pentingnya kefahaman.

Movi ni berkisar tentang proses dakwah seorang pendiri partai islam di Indonesia dimana proses kaderisasi dilakukan sejak zaman Suharto secara senyap2 sehingga sekarang parti tersebut masih exist dan sukses dalam pentas politik Indonesia.

Saya bagi 4 bintang untuk movie ni. Dan perlu juga saya ingatkan disini , “ this is true story”

p/s : sori ar sebab takde cover movie ni. movie ni tak fames sgt pown.


Monday, April 13, 2009

Mac : Colour of Paradise




Our teacher says that the God loves the blind more because they can’t see. But I told him if it was so, He would not make us blind so then we could see Him. He answered , “ God is not visible. He is everywhere. You can feel Him. You can see him through your finger tips.” Now I reach out everywhere for God. Till the day my hand touch Him and tell Him everything even all the secrets in my heart. ”

Colour of Paradise, sebuah movie Iran , directed by Majid Majidi. Saya kasi 5 bintang untuk movie ni.

Citer dia macam simple je, tapi moral value dia mampu membuat seorang preman bertaubat dan menjadi seorang ustaz. Mampu membuat rockers bertukar menjadi penasyid yang mengalunkan zikir2 merdu. Dan setan juga mungkin mampu mengucapkan “La Ilah Illa Allah” setelah menghayati citer ni.

Muhammad Ramezani seorang budak buta yang kematian ibu sejak kecil. Ada 2 orang kakak, sorang nenek dan sorang ayah yang nak kawin lagi sebab risau masa depan sendiri.

Famili ni dok kat pedalaman. Miskin, so ayah dia tak sanggup nk jaga dia and hantar dia gi sekolah budak2 buta kat Bandar Tehran. Means budak ni kene dok asrama la. Ayah dia rasa budak ni satu beban kat dia sebab the only son dia ada is blind. So sape nk jaga dia bila dia dah tua nanti. That’s why ayah dia nk kawin lagi.

p/s : “ Allah tidak membebani seseorang kecuali dia mampu “ ( Quran )

Sekarang cuti sekolah. So ayah budak ni resah giler sebab Ramezani kene balik umah. So, ayah dia paksa Ramezani gi blajar jadi tukang kayu daripada sorg carpenter yang buta jugak. Ramezani sedih giler sebab kene paksa dengan ayah dia. Padahal cuti sekolah ialah satu2nya chance dia nk jumpa and main2 dengan kakak2 dia and nenek dia.

Sekarang Ramezani ni tgh belajar jadi tukang kayu…. Jap lagi klimaks!!!

Tak leh citer ar cane klimaks dia. Nak tau tengok sendiri. Kesimpulannya, diakhir cerita ni Allah buktikan bahawa Dia memang sayangkan hamba2-Nya. Walaupun pada mulanya budak ni ingat semua dh tak sayang kat dia termasuk Tuhan.

Komentar saya : Allah sangat sayangkan kita walau sejahat manapun kita. Walaupun kita preman, walaupun kita koruptor, walaupun kita rockers, walaupun kita depress sebab nasib kita buruk. Try piker betul2 , pikir dalam2 , betul memang Allah sayangkan kita. Citer ni baru explain nikmat mata yang Allah kurniakan kepada kita. Belum nikmat2 yang lain. Tu bukan tanda cinta dan saying Allah kat kita ke? Kalu dah jumpa jawapan, bagitau diri sendiri, then kita akan buat apa yang patut kita buat. “ Tapi saya takut nanti saya buat lagi?” . Tu manusiawi la. Nak wat cane. Tapi yang penting kita berusaha walaupun tak berjaya, bukan itu ukurannya. Ingat, kita masuk syurga sebab rahmat dari Allah, bukan sebab pahala kita banyak atau sebab dosa kita sedikit. So kawan2, keep trying…