Monday, March 9, 2009

kapan kawin? kapannnn........


Assalamualaikum kawan2. Kita yang bergelar mahasiswa, apalagi mahasiswa kedokteran sering kali merasa diri kita sudah terlalu tua untuk bergelar mahasiswa. Kita melihat kawan2 kita yang belajar jurusan lain semua dah lulus and dah kawin. Pendek kata, semua dah setel down la. So, secara psikologi kita akan merasa depress kerana kita tak sama dengan kawan2 kita yang lain. Stress , depres , down dsb....so, ape kita nak buat sekarang?

Ada org kate, “ ape susah sangat, kita couple la masa blajar”.

Ada orang kate , “ sabar, 5 tahun belajar medic kejap je. Nanti dh jadi dokter ramai yang menawarkan diri.”

Ada orang kate , “ kita kawin la masa tgh blajar”. Kemudian ada sorang member menyampuk, “ susah la, mak ayah aku konpem tak bagi punyer”.

Maybe information ni ada gunanya bagi kita supaya kita faham apa itu kedudukan perkahwinan, hikmah and falsafah perkahwinan dalam islam. Semoga segala tindakan kita nanti lurus and ......

Kedudukan perkahwinan dalam Islam

  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidaka memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Sunday, March 8, 2009

Naluri penipu seorang IBU...

Malam tu jam 3 am. Tgh sibuk blajar coz 3 hari lagi ujian remedial blok 20 ( mata , ENT & dermatology ). Bila dh penat layan lagu jap. Tibe2 terdengar lagu Sami Yusof tajuk dia “Mother”. Oleh kerana lagu ni sangat menyentuh hati, mengelamun la kejap. Teringat masa2 kecik dulu mak jaga kita bukan main baik lagi. Sampai kita tak sedarkan bila mak kita tgh susah. Sampai kita tak sedar pun bila mak kita mengeluh. Sampai kita tak sedar pun bila mak kita tipu kita. Tapi adakah mak kita seorang pembohong…. Nah, ini buktinya!!!

Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari
memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di bandar besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

p/s : kawan2 sekuliah di Padang, balik Malaysia nnt jgn lupa cakap dekat mak. “ saya sayangkan mak”.

susahnye nk bangun solat subuh...(hakikat ibadah kita)


“Wei!!! Bangun wei. Subuh dah nak abis ni. Dah terang dah kat luar tu”.

Secara manusiawi, mesti dalam hati kita kata, leceh la nk kene bangun pagi2 buta solat subuh.aku semalam dah la tido lambat buat tutorial. Pastu siang kene solat. Petang pun kene solat. Senja kene solat. Malam pun kene solat lagi. Kenapa org agama lain rilek je.solat takde la sebanyak kita org islam?

Kenapa kita kene solat? Mungkin kita semua dah tau kan solat tu akan melancarkan aliran darah ke otak. tapi takkan solat je.takde ke aktiviti lain yang boleh melancarkan darah ke otak. orang yahudi yang memang terkenal berdalih, solat dengan menghayunkan kepala. Diorg kata dengan buat camtu pun boleh melancarkan aliran darah ke otak. hasilnya kita boleh tengok orang yahudi lebih bijak dpd kita. Adakah solat diorg yang betul? Adakah solat kita tak betul?

Mari kita introspeksi diri kita.

Mungkin selama ni kita solat sebab terpaksa.

Mungkin selama ni kita solat sebab takut orang kate.

Mungkin selama ni kita solat sebab takut warden asrama rotan. Ehem , kantoi.

Sekarang secara ilmiah aku nak bagitau kawan2 kenapa kita solat, atau kenapa kita beribadah. Mungkin dengan kita tau benda ni lepas ni kita akan solat dengan ikhlas tanpa perasaan mungkin dan mungkin seperti diatas.


Pertama kita tengok dulu hakikat penciptaan manusia. Tujuan manusia dicipta di dunia ni hanya dua tujuan sahaja. Pertama supaya manusia ni menjadi khalifah di dunia ( al – baqarah : 30 ). Kedua tujuan manusia kat dunia ni adalah untuk beribadah kepada Allah ( Adz – Dzaariyaat : 56 ).

Kedua adalah trik penting bagaimana menyedarkan diri sendiri supaya nanti kita akan beribadah dengan ikhlas. Kita tengok dasar dari pelaksanaan ibadah. Dasarnya adalah perasaan kita sendiri.

Perasaan pertama yang sepatutnya ada dalam diri kita adalah perasaan bersyukur atas segala nikmat Allah keatas kita dan kita ingin tunjukkan rasa bersyukur tu dengan beribadah kepada Allah. Contohnya kita tengok Rasulullah solat malam sampai bengkak2 kaki baginda dan alas annya adalah untuk menjadi hamba yang bersyukur. Setengah orang kate , “ camne aku nak bersyukur dow, aku idup kat Padang ni stress giler.dah la tak leh buat praktikal.padahal kuliah dah setel”. Kemudian Allah menjawab, “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” ( Nahl : 18 ). “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? “ ( Ar Rahman : 13 ). Analogi yang simple la. Bila ada orang berbudi kat kita, kita mesti nak membalas budi tu kan. Tu baru sesame manusia, takkan dengan Tuhan kita sendiri kita nak kedekut kot….

Perasaan yang kedua yang kita patut ada adalah rasa takut dan takjub akan keagungan Allah. So bila kita sedar betapa agungnya Allah, sepatutnya kita akan bersujud kepada Nya. Analogi lagi. Kalu kita gi jumpe org besar2, menteri or Obama sendiri, kita mesti merasa mereka tu hebat kan. So kita kita pun ready la nk serve utk dia. Itu baru sesama manusia, apalagi dengan Allah Yang Maha Agung. Jauh lebih hebat dari segala makhluk sehingga tiada tandingan. Kenapa kita masih tak nak beribadat. Kenapa kita masih susah nak solat dengan ikhlas.

Itulah dasar dari ibadah kepada Allah.bukan hanya kerana perintah Allah. Tapi juga adalah keperluan diri kita sendiri. Fitrah diri kita sendiri.

Dari perasaan bersyukur dan perasaan takjub akan keagungan Allah timbullah ibadah. So , sekarang kita tengok pulak apa dia tujuan ibadah.


Tujuan dari ibadah adalah untuk merendahkan diri kepada Allah dan symbol ketundukan kita kepada Pencipta. Means ibadah kepada Allah menunjukkan kita kita hanya takut kepada Allah semata2. Bukan kepada manusia. Kita juga sedar status kita adalah hamba sedangkan Allah adalah pencipta.hasilnya kita akan berqanaah. Kita tidak akan meminta lebih. Cukuplah apa yang ada sekarang samada ia baik atau buruk. Tujuan ibadah juga adalah kerana kecintaan kepada Allah. Bila dengan manusia yang kita sayang pun kita dengan ikhlas dan jujur merasa kentutnya wangi. Apalagi dengan Allah pencipta kita, puncak kecintaan hakiki kita. Segala pemberian Allah kita akan merasa hal itu adalah baik untuk kita walaupun secara akal manusia mengatakan hal itu tidak baik. Tapi kerana kecintaan terhadap Allah, kita merasa hal itu adalah sangat baik.

Hasilnya ???

Hasil dari ibadah kita adalah muncul perasaan baru iaitu takut dan harap.

Perasaan takut bermaksud, kita takut hanya kepada Allah semata2. Kita takut jika kita berdosa. “(yaitu) orang-orang yang menyapaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan”. ( al-Ahzab : 39 )

Manakala perasaan harap pula bermaksud bila kita berhajatkan sesuatu, kita hanya berharap kepada Allah. Bukan berharap kepada makhluk lain. Hasilnya kita tidak akan berkonsultasi dengan bomoh , dukun dsb.

Nah , kita lihat. Bukankah hanya dengan ibadah saja, boleh menghasilkan orang islam yang berkualiti…. renungkanlah

Thursday, December 20, 2007

Man Ana



Nama : Mohd Afham bin Mohamed Abdul Kadir.

Tanggal Lahir : 10 July 1986 , Khamis , Jam 1200.

Tempat Lahir : Pulai Chondong , Kelantan.

Kampung : Kampung Laut , Tumpat , Kelantan.

Tempat Tinggal Sekarang : Jati Rawang , Padang , Sumatera Barat , Republik Indonesia.

Riwayat Pendidikan :

- Sekolah Kebangsaan Sri Kampung Laut. ( 1993 – 1998 , UPSR )

- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah. ( 1999 – 2001 , PMR )

- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah. ( 2002 – 2003 , SPM )

- Kolej Matrikulasi Kedah. ( 2004 – 2005 , Sains Hayat )

- Kolej Universiti Islam Malaysia. ( 2005 – abis orientasi , Ijazah Bioteknologi Makanan )

- Universitas Andalas. ( 2005 – sekarang , Medical Degree )

No telepon : (+62)812 670 17771

:(+62)819 7755 7975

p/s : mungkin gaya penulisan agak mengelirukan kerana setelah 4 tahun berada di Indonesia , bahasa melayu telah diintegrasikan dengan bahasa Indonesia. Jadi harap maklum.