Tuesday, October 27, 2009

apam dalam dilemma...( episod 2 )


Satu hari ade sorg member rapat giler rekemen tgk 1 filem. Tajuk die “Syurga Cinta”. Citer ni ok jalan citer die, tapi skrip die skema giler. Rase2nye dalam real life jarang giler org cakap mcm dalam filem nie. Ape pun itu bukan intinya. Intinya ada 1 kata2 dalam filem ni yang boleh kate agak menyentuh hati dan pancreas anda. Lebih kurang camni la kate2nya, “ kadang2 Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya2 kemana hilangnya matahari. Rupanya Allah hadiahkan kita pelangi”.

Bile pikir2, teringat plak 1 ayat Quran ni, “ diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyenangi sesuat, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. ( al Baqarah : 216 ).

Jadi apa hubungannye dgn situasi kita sekarang?

Kita sekarang dalam keadaan tidak pasti. Kita tgk kat facebook, kat status kawan2 kite ramai giler yang confius. Samada nak blaja kat Padang atau nak blajar kat Malaysia. Siap ada yang buat kat status die,”membuat pilihan ni lebih susah drpd jawab soalan Bahasa Arab Tinggi SPM”, dan macam2 lagi status2 lain yang menggambarkan bahawa kite semua tgh confius. Banyak hal yang menjadi pertimbangan. Masing2 pilihan ada pro n cont.itulah yang menjadikan kita pening n tak tau nk pilih yang mana. Pendek kate hidup kite nie dalam dilemma.

Moral value yang kite boleh ambil dari sini ialah…

1. Kita manusia biasa yang tak tau ape yang akan jadi di masa akan datang.

2. Jelas menunjukkan bahawa kita manusia adalah makhluk yang lemah sebab walaupun kita buat keputusan, belum tentu itu keputusan yang betul. Allah saja yang tahu.

3. Kita sedar betapa kita ni bodoh giler. Kita even tak tahu pn apa yang bagus untuk diri kita sendiri. Tak yah poyo ar cakap aku dah hidup sekian tahun, so aku tahu apa yang terbaik untuk aku sebab Allah lebih kenal siapa kita n Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Segala keputusan yang kita ambil harus disandarkan pada Allah. Jadi dalam setiap keputusan tu ada rasa ‘khauf’ dan ‘roja’. Dalam bahasa melayunye rasa takut dan rase harap. Mean dalam membuat keputusan, kita merasa takut kalu keputusan tu bukan yang baik n dalam masa yang sama kita berharap kepada Allah supaya keputusan kita tu adalah yang terbaik. Kalu takde rasa khauf, kita akan menjadi sombong. Kita akan menjadi terlalu yakin dgn diri sendiri sampai bias saja kita lupa ada kuasa yang lebih kuat yang boleh merubah semuanya sekelip mata. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya rasa khauf dalam diri kita.

5. Situasi dan kondisi setiap orang berbeza2. So janganlah kita mencemuh keputusan orang lain. Dan jangan pula terlalu yakin dgn keputusan sendiri. Sebab semua tu adalah rahsia. Mungkin yang terbaik buat si A stay kat padang. Mungkin yang terbaik buat si B , balik Malaysia.

6. Mungkin pembaca2 boleh piker sendiri ape moral value yang lain n kita same2 share…

0 comments: