Monday, April 13, 2009

Tabiat Membuka Mulut

Tingkah laku membuka mulut besar-besar di khalayak ramai sampai ternampak lidah, ditafsirkan secara negatif dalam budaya Melayu.

Itulah sebabnya, dalam tradisi asuhan keluarga Melayu, ibu bapa memarahi anak-anak kecil yang suka menangis dengan mulut terbuka besar-besar.

Kanak-kanak yang menangis di depan orang dengan mulut terbuka besar memalukan ibunya, itu sebab apabila perkara itu berlaku si ibu akan cepat-cepat mengambil si anak lalu menutup mulutnya.

Bagi orang Melayu, perbuatan suka membuka mulut besar-besar dikaitkan dengan banyak makna. Secara khusus, ia dikaitkan dengan ciri-ciri negatif pada peribadi si pembuka mulut.

Dalam budaya Melayu, ciri-ciri peribadi negatif yang dikaitkan dengan orang yang mempunyai tabiat suka membuka mulut besar-besar apabila bercakap di khaklayak adalah:

(i) Peribadi yang kurang halus.

(ii) Tidak mahir mencipta, mengawal dan menguruskan impression orang lain terhadap dirinya.

(iii) Tidak memiliki kepintaran interpersonal yang tinggi.

(iv) Tidak amat pintar.

(v) Tidak berkarisma.

(vi) Tidak memiliki peribadi yang teguh, kuat dan kental.

(vii) Tidak memiliki bakat kepimpinan yang tinggi.

(viii) Mempunyai ciri-ciri palsu, berpura-pura, menutupi kelemahan.


sekadar perkongsian untuk mendidik diri & masyarakat.
layari
www.universitipts.com








6 comments:

Faiz Na'aman said...

Tengok saudara Afham... apabila mu post artikel2 yang terang2 berbaur politik, mu kena fikir bahawa kawan2 mu dari pelbagai latar-belakang.

Ini sehingga ada kawan2 dari Indonesia yang tak tahu pucuk pangkal perseteruan politik nasional kita pun beri komen, sedangkan mereka tidak pernah menilai sebagai warganegara Malaysia pun.

Jadi aku harap posting2 selepas ini perlulah tidak memaparkan foto2 tokoh2 politik tanahair, kecuali mereka yang sudah terang2 mendatangkan MUDHARAT seperti Anwar Ibrahim dan pemimpin2 DAP laktnatullah.

Mengapa hanya berminat memusuhi UMNO sahaja?

Anonymous said...

asl plak?
nape kne ade bleh dgn xbleh?
kalo expose umno or gov je xbleh..
sensitif..
then anwar isnt an sensitive, provocative person..
yg membuatkn org keliru..
pe beda umno n anwar..
jz a slice piece of paper...
inilah realiti..

mohd afham said...

biarlah org ramai menilai.aku juz bagi gambaran berdasarkan personal pendapat aku.

aku tak halang org umno nk ckp ape2 dlm blog mereka

aku tak halang yahudi nk cakap ape dlm blog depa

aku tak halang saape2 pun nk cakap ape2 pun kat blog dia.

knp?

sebab blog dia, dia punye pasal la

if ada someting yg lain dr pendapat aku aku suarakan je la,aku tak halang dia.sebab tu hak dia

untuk lebih lanjut ttg hak asasi manusia, rujuk blog nik ( http://nikamin.blogspot.com )

kate demokrasi, tapi setengah pihak je boleh suarakan pendapat.yang lain kene zip...

demokrasi ke camni?

Anonymous said...

betul betul betul..saya setuju ngan awak..sume org ade pendapat masing2 n ade hak utk bersuara..

saya rasa org 1st yg komen artikel awk ni obses la..asik die je btul..

mesti die ni type org yg byk becakap tp xbanyak berbuat..suke menuduh n berfikiran negatif..

Gudluck afham!!

Orthobots said...

bagi aku takde masalah nk sembang2 politik. lagipun in blog pribadi.

kawan2 kita blh nilai sendiri isi blog ini. then terserah nk menilai mcmana.. =)

Unknown said...

hadoi..penin3...blog ini adalah blog peribadi..hak empunya masing-masing blog utk menyuarakan isi hati atau pendapat masing-masing...aku dah berselerak tengok orang lain punya blog..umno kutuk pas..pas kutuk umno(yg ni plg banyak)..lim kit siang kutuk najib..khairy kutuk anwar..ada dua, tiga ekor pemuda pemudi kutuk ahli politik tanah air (aku salah sekor)..

fair kan?aku pun penah kutuk pas..kutuk pak lah..dan aku tau ada juga yang kutuk aku..aku tak kisah pun..yes dulu aku kisah bila orang kutuk aku..aku fight gila babi last-last aku pasrah..dalam alam maya ni takde sapa yang nak halang daripada kutuk-mengutuk..lebih-lebih blog peribadi macam ni..

kalau tidak setuju boleh kemukakan pendapat..kita lihat siapa yang benar dan siapa yang salah..


blog ni bersifat open..jika tak mau tengok jangan masuk..itu lebih baik dari timbul bibit permusuhan..

masing-masing ada motif tersendiri buat blog..dari dulu dah tau saudara apam penyokong pas..dan pasti sangat-sangat jugak blog ni akan mengandungi unsur-unsur kebencian kpd kerajaan..so kalau dah tau dan kita tak suka jangan tengok langsung..

apam, aku walaupun tak sokong pas tapi aku iktiraf hak mu untuk menulis pandangan mu..kalau aku tak setuju aku akan kritik di ruangan yang tersedia..di situlah kita akan berbahas..